Followers

Tuesday, January 11, 2011

Apakah Benar Engkau seorang pejuang????

Apakah benar engkau seorang pejuang??
Tetapi  tidak mahu menerima ujian..
Tetapi rosak oleh pujian..
Tetapi tidak begitu setiakawan..
Tetapi tidak sanggup berkorban..
Tetapi ingin jadi pimpinan..
Tetapi sangat susah menerima pandangan
Menjadi pengikut agak segan..
Tetapi tolak ansur tidak engkau amalkan..
Tetapi tidak sanggup menerima cabaran
Tetapi kesihatan dan kerejhatan tidak sanggup engkau korbankan..
Tetapi masa tidak sanggup engkau korbankan..
Diri tidak engkau tingkatkan..
Disiplin diri engkau abaikan..
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan..
pandangan tidak engkau selaraskan...
Iman dan taqwa engkau lupakan...
lalu...
yang sebenarnya APA YANG KAU PERJUANGKAN???


~~~Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....~~
Alhamdulillah sajak ni benar2 memberikan ana insipirasi dalam perjuangan ana....sajak ni kak Mariam(UIA)bagi pada ana pada 04 november 2009(Ahad)...benar2 mnyentuh hati kecil ana...benar ana perlu kuat dalam menghadapi apa jua badai yang melanda..kerana srikandi itu tidak akan lahir di lautan yang tidak bergelora..ujian adalah tarbiyah daripada ALLAH...perlu kuat dalam hadapinya....yeah!inni faalun limaa urid...hasbunallah wa ni'mal wakil..
~~subhanallah.......benarlah dalam bermujahadah itu sebenarnya perlukan keinginan dan iltizam yang kuat untul memperbaiki setiap aspek dalam kehidupan...walaupun kadang2 diri terasa lemah dan lena dibuai keindahan duniawi...ya...harus bangkit..terus bersemangat dalam meniti hari2 yang mendatang...
dalam perjuangan dan perjalanan  yang masih lagi  jauh untuk ana gapai...ana masih mengharapkan sesuatu yang mampu memberikan ana kekuatan untuk mentarbiyah diri ana sendiri malah sahabat sahabiah ana...ana teringin sekali embawa hati hati setiap insan ke jalan yang diredhaiNYA...apa pun semuanya kerana nawaitu ana ikhlas kerana ALLAH...ana ingin menjadi seorang mujahidah yang tetap tsabat dalam perjuangannya mencari mardhatillah....~~


“Ya Allah…
Aku hambaMu yang lemah ini,
Yang terlalu hina disisiMu,
Aku ingin memohon ampun ya Allah,
Banyak dosa yang telah aku lakukan,
Ampuni dosaku yang telah lalu ya Allah,
Ampuni dosaku yang sekarang ya Allah,
Ampuni dosaku yang akan datang ya Allah.

Ya Allah…
Engkau peliharakanlah aku,
Jauhilah aku dari maksiat,
Jauhilah aku dari zina ya Allah.
Sesungguhnya aku manusia biasa yang juga mempunyai nafsu,
Mungkin aku boleh elak zina tangan,
Mungkin aku boleh elak zina kaki,
Tapi ya Allah,aku tak kuat untuk mengelak zina mata dan hati ya Allah.

Ya Allah..
Begitu juga pada sahabat-sahabatku,
Engkau peliharalah mereka,
Dekatkan lah mereka dengan kebaikan,
Lembutkanlah hati-hati mereka supaya senang menerima kebenaran.

Ya Allah…
Berilah aku kekuatan dan semangat untuk aku belajar ya Allah,
Berilah aku peluang untuk membalas jasa ummi dan abiku melalui kejayaanku ini,
Janganlah Engkau tarik nyawa kedua mereka sebelum aku sempat memberi mereka sedikit kebahagiaan dunia ini ya Allah....



Alhamdulillah wa syukurillah......
~~~Ingatlah orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh jalan.Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.Genggamlah Al-Quran,ingat mati dan berangkatlah.Jalan mujahadah itu susah tetapi indah....~~<3<3..insyaALLAH......we can do it...nothing is impossible..!!!.~~

No comments:

Post a Comment