Followers

Saturday, December 31, 2011

Bukan Yang Pertama.

Bismillahirahmanirrahim dan assalamu’alaikum..alhamdulillah sujud syukurku buat Dia pemilik cintaku. Selawat dan salam buat murobbi teragung nabi s.a.w, ahli keluarga baginda, sahabat- sahabat baginda, para tabi-tabi’in, mujahid wa mujahidah, ikhwah wa akhwat, serta mereka yang masih teguh mempertahankan kalamullah la illahaillah muhammadan rasulllah.
tinta dimulakan dengan kalimah berkat. .. kalam basmalah ana mulakan...  semoga sentiasa menjadi pemanis bicara dan halwa telinga..diamalkan di mana saja..kerana ada cinta di sebaliknya...


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..terus menerus  ana diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan tinta kata..syukur ke hadratNYA atas segalanya....tinggal beberapa minit lagi bakal meninggalkan 2011..dan Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menjenguk 2012 pula...sungguh besar nikmat yang telah Allah berikan kepada hambaNYA..sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata....hanya  hati yang melalui dengan penuh kesyukuran akan mendapat segala' nikmat' di dalamnya...kelu lidah berbicara..kenyataan tak mampu ditafsir dengan jelas..tetapi itulah hakikat,hakikat yang manusia perlu sedar...mungkin kadang-kadang sedar,kadang -kadang alpa dan kadang-kadang lupa.... padaMu kuberserah Ya Allah...Rabbi yassir wala tu'assir ya kareem....Engkau permudahkanlah segala urusan kami dan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan Kau lindungilah keselamatan kami Ya Allah...


Diri ini pengemis asing di dunia yang penuh mehnah dan tribulasi..yang mana bagi ana  ia adalah Raudhah dakwah yang menjadi wadah perjuangan untuk menyeru para mad'u ke arah kebenaran...insyaALLAH,dengan berbekalkan semangat juang yang kental serta pendokong yang kuat,...dengan disaksikan hari-hari barakah yang dilimpahi cahaya kerahmatan ini..diri ana terpggil untuk sama-sama berkongsi kalam..insyaAllah..peringatan buat diri jua..~


terlalu  banyak kisah suka dan duka yang dilalui dalam hidup ini,sehinggalah ke saat ini,ketika jari-jemari menari di atas keyboard ini,diri masih ingin memuhasabah diri...terlalu banyak yang berlaku..apakah yang telah ana lakukan sepanjang tahun mahupun kehidupan ana di tahun-tahun sebelumnya,adakah cukup apa yang ana lakukan dan amalkan sepanjang keberadaan ana di muka bumi Allah ini....??Hanya Allah yang maha mengetahuiNYA...


ingin sekali ana memuhasabah diri ana..di kala orang lain entah ke mana,mungkin ke sana,mungkin juga ke sini,mungkin ke situ..entah!biarkan diri berada dalam kepompong sepi ini..di kala sendirian ..kadang-kadang otak lebih mudah mentafsir apa yang ada di hati dan minda,terus menerus meluahkan rentak rasa...Alhamdulillah,Alhamdulillah..mencari kata-kata untuk meredakan gelombang yang melanda...


sedar tak sedar masa  terus menerus meninggalkan kita tanpa henti dan tanpa menoleh ke belakang lagi...terus meninggalkan kita , dan seterusnya kita pula akan menempuhi detik-detik baru di dalam kehidupan kita.


Bagaikan jauh jalan yang ana tempuhi, Langkah demi langkah akan ana gagahi ,Hari demi hari berjalan tanpa henti ,kerana pasti ada sinar yang akan menerangi...


kita perlu bersedia  dengan segala macam rintangan yang bakal kita temui,pelbagai ragam dan karenah yang belum kita ketahui,tiada lain yang dapat diungkapkan kepada diri ana sendiri,melainkan teruskanlah melangkah tanpa lelah..2012 menjelma!


realiti kehidupan yang ana tempuhi..satu ibrah yang sangat berkesan pada diri ana sendiri..bila tahun 2011 mengajar ana  erti ..erti yang bagaimana?erti diri..erti hidup..erti kesabaran dan berbagai-bagai erti dalam ruang lingkup denai  kehidupan yang dilalui.sunguh2 ana laluinya ...


satu tarbiyyah buat ana sehingga ke saat ini,
Untuk melayan kerenah manusia bukan satu  perkara yang mudah, kesabaran itu perlu tinggi. Dari situ,  telah banyak mengajar ana erti kesabaran, sabar untuk menjawab setiap persoalan yang tidak henti-henti apabila ditanyakan pada ana, sabar untuk melayan sikap dan tingkah laku manusia. , bila ana muhasabah semula diri ini, ana temui ianya  banyak membantu ana untuk mengurus kesabaran ana. Alhamdulillah ya Rabb..


"jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilemparkan buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah"
Saidina Abu Bakar As-Siddiq...



kata-kata yang ana genggam sehingga saat ini....bantulah  orang lain..nanti Allah akan mudahkan urusan kita pula..insyaAllah!


You are different from others, that why I like to be your friend’, ungkapan ini selalu ana dengar.
"different'?satu persoalan yang masih tiada jawapan...biarkan saja...




Bila ana melihat sahabat-sahabat ana semakin menghampiriNYA..ana muhasabah diri..sungguh..kadang-kadang sukar untuk diekspresi..


Farah, nak cakap benda skit. Tapi jangan gelakkan ana'

Cuak pulak bila ana mendengar dia berkata  macam tu.

'ok'

'ana rasa hidup ana macam tak ada 'life'. ana ada semua. Study ok, duit cukup, keluarga pun sihat, happy. Tapi ana rasa hidup ana  macam kosong '

diam. Sepi . Dalam dada pula rasa sesak dan sebak. Rasa bersalah. Amat.

Teruskan mencari apa yang kosong itu, sayangku. Cari sampai jumpa.





Yang seorang lagi. Baru jumpa , tanya-tanya khabar buat apa hujung minggu ni.
Ceria wajah masing-masing. Kalau lain macam sahaja, kena lah tanya kenapa.

'Farah nanti farah ajar kite  pilih-pilih tudung eh. Nanti nak pakai tudung labuh sikit la'

Terkedu dan terpaku. Statik sambil memuji Allah.

'ok.. '

SubhanAllah..hidayah MilikNYA..

Peristiwa yang berjaya membuatkan ana menitiskan air mata..SubhanAllah...sukar untuk digambarkan perasaan ana tika itu..


Alhamdulillah, semakin hari, semakin rasa bermakna hidup . Rasa seperti  ana  ingin  merakam setiap detik yang sangat berharga.. Macam sekejap. Sebab setahun yang dah berlalu rasa macam sepintas lalu sahaja...


satu lagi...

Hari itu, kami berbincang, bercakap, berdiskusi tentang ikhlas. Dan akhirnya masuk bab tujuan hidup atau “Purpose of Life”.


Air matanya mengalir sambil meluahkan perasaan;

“Rasa sangat yang Allah jaga ana selama ni. Tapi apa je ana dah buat kat Allah. Ana nak berubah. Tapi ana rasa ana perlu peringatan-peringatan macam ni..peringtan drp enti. Nak enti bantu ana berubah.”

Subhanallah, terharu kan dengan moment2 seperti  ni. Satu peristiwa di mana Allah dengan mudahnya twist hati seseorang pada hari yang mungkin tak signifikan pada orang lain tapi signifikan pada insan ini....

Kita sendiri pun ter’reflect’ semula pada diri sendiri. Lembutnya hati dia. Dia boleh menangis saat mendapat peringatan. Kerana merasa diri berdosa…walaupun, untuk merasa perasaan tersebut, memerlukan keizinan-Nya. Mungkin kita jauh lebih banyak dosa daripada si dia. Tapi, kita tak rasa apa-apa, malah mungkin merasa cukup… Wa naudzu billah…
Teringat satu ayat. “Andai diri merasa cukup, sebenarnya itu adalah saat kita kurang ilmu dan kurang mencari ilmu. Kerana dengan ada ilmu akan membuatkan kita rasa tak cukup, sangat tak cukup....


Allah...cuba untuk memuhasabah diri kembali...moga Allah memberkati dirimu sahabatku!
satu detik berharga dalam kehidupan ana!


Biarkan peristiwa itu penjadi pendorong impian ana di dunia ini...impian! ya impian!


setiap manusia mempunyai impian..begitu juga diri ana yang hina ini...apa impian ana??..ingin sekali ana menjadi seorang yang terpancar keindahan akhlaknya dari ketulusan senyum,wanita yang beragama yg sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yg bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahami. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.... Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama...

mampukah ana?rabbi yassir wa la tuassir...ya Allah engkau permudahkan urusanku,jangan lah Engkau menyukarkannya ya Allah..


Satu yang membuatkan semangat ana berkobar-kobar  ialah..apabila bertemu  si 'dia'....
ketika bertemu dia ,si wanita solehah itu,saban hari, gerak gerinya ana perhatikan. Akhlaknya yang terpelihara , maruahnya yang di jaga dari sebarang noda dan yang paling melembutkan hati,tutur bicaranya melambangkan sifat keibuan sejati,dari jauh melihat raut wajahnya,disebalik hijabnya terselindung wajah yang penuh dengan nur, setiap gerak langkah nya mengingatkan tentang hakikat sebuah kematian...


Jauh disudut hati ana bangga dan cemburu dengan Imannya, Taqwanya, Akhlaknya, Amalannya, Hijabnya dan perjuangannya menegakkan kalimah Allah.


siapa dia?Dia insan yang ana kagumi...sungguh..ana kagum padanya..

mampukah ana menjadi sepertinya?Allah..

Juga ingin sekali ana mewaqafkan diri ana pada perjuangan islam yang suci ini..walaupun diri ini hanyalah insan kerdil dan hina,namun cita-cita dan harapan itu sentiasa tersemat di hati ..malu untuk mengaku pejuang islam..sedangkan diri  ini terlalu banyak kekurangannya,namun tiada sesiapa yang berhak menghalang cita-cita dan impian jua harapan daripada insan fakir seperti ana ,walaupun tidak mampu namun ingin sekali ana katakan pada dunia..peringatan penting cuba ana bawakan terutama buat diri ana.





Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.


Jelas bahawa perjuangan Islam ini merupakan suatu perkara yang sukar dan susah.. Namun, Allah s.w.t mengajar Rasulallah s.a.w bahawa kesusahan di dalam perjuangan pasti akan hadir bantuanNya dengan syarat taqwa kepadaNya.. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah At Thalaq ayat 2 dan 3;Barangsiapa bertakwa kepada Allah nscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya






“Ya Allah ! Bantulah aku untuk mengingatiMu, di dalam usaha untuk mensyukuri nikmatMu dan perbaikilah amal ibadahku”..


Impian ana lagi..teringin sekali menjadi seperti srikandi islam terdahulu,betapa cekal dan tabahnya menghadapi hidup..
Masyitah- Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. ....Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai....

ALLAH..SUBHANALLAH...!

Jika ditanya pada diri ini..mampukah?Allah..soalan yang begitu sukar dan berat untuk djawab...kuatkah hati untuk membawa islam??Allah..Engkau kurniakanlah kekuatan kepada kami..

Seterusnya..impian ana...
ana ingin sekali mencontohi dan  mengikuti jejak Fatimah Azzahra ,kerana sesiapa yg mengikuti jejaknya,dia akan melintasi titian sirat bersamanya kelak,dan sudah pasti di saat,Fatimah Azzahra ini melintasi,tidak ada satu lelaki pun yang akan memandangnya,semuanya akan menundukkan kepala tanda hormat pada wanita penghulu syurga ini,ini kerana ALLAH menjaga sifat malu yang ada pada dirinya....

siapa yang tidak cemburu pada seorang Penghulu Wanita di Syurga i
tu.Sifat solehah yang ada pada dirinya mungkin tidak mampu ditandingi pada wanita2 akhir zaman ini.Seorang isteri yang setia pada suaminya,ibu yang solehah,malah anak yang cukup solehah dan disayangi oleh ayahandanya,,seorang yang sangat PEMALU DAN MENJAGA MARUAH DIRINYA..sehingga tidak ramai pun yg mengenalinya.

Ya Allah...sungguh suci wanita itu..sungguh..malu pada diri sendiri....betapa kuatnya wanita solehah itu menjaga dirinya...mampukah ana?ya Allah..sukar untuk dijawab segala persoalan ini....walaupun tidak mampu menjadi sepertinya..namun cita-cita dan harapan tetap ada...ya Allah Engkau perkenankanlah..


sibuk dengan dunia buatkan hati kita lalai.Maka pentingnya muhasabah diri,untuk kita sama-sama terokai diri kita,cari kesilapan diri sendiri.Dan disaat itu kita akan ketahui betapa hina dan kerdilnya kita dibumi Allah ini.
Semoga Allah membuka pintu hati kita agar sentiasa menjadi seorang yang bermanfaat di mana sahaja kita diletakkan, bersama siapa pun kita berada...

Ameen Ya Rabbal ‘Alameen..
Allahu wa Rasulu ‘Alam..
Al Faqir Ila Allah Al Qhaniy...



Ketika berbicara tentang impian dan harapan...sungguh..tiada kata yg mampu mengungkapkan segala-galanya,namun cukuplah kita mengambilnya sebagai ibrah untuk panduan dan bekalan hidup di dunia dan akhirah..
bicara terhenti disini,minda mentafsirkan kata-kata, moga masih ada esok untuk berbicara ttg nikmat kebesaran Allah, insyaAllah..


Tinta hati:Nur farah Ahmadi (01/01/2012)-1:25 am

2 comments:

  1. Thanks for honestly relating your experiences and opinions and good luck to you.
    Winnebago All Models AC Compressor

    ReplyDelete
  2. Farah..May Allah bless u..even sy x kenal farah, tapi saya suka baca semua post farah di fb dan blog ni..uhibbuki fillah

    ReplyDelete