Bismillahirahmanirrahim...
Assalammualaikum warahmatullah.....Alhamdulillah wa syukurillah....Allah masih mengurniakan kudrat buat ana menulis tinta2 kata kali ini....(^_^)...
Alhamdulillah, segala puji pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam... Dengan limpah rahmat Nya, Dia memanjangkan usia hamba Nya sehingga hari ini, Dia masih sudi meminjamkan oksigen untuk terus bernafas, Dia masih sudi memberikan belas kasihan buat hamba Nya untuk terus menapak setapak demi setapak langkah.
Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Engkau pinjamkan, moga dengan segala nikmat yang Engkau berikan akan menambahkan rasa syukur ku pada Mu, menambahkan rasa cinta terhadap Mu, menyuburkan belas dan kasih sayang terhadap agama Mu. Ya Allah, pandanglah kami dengan pandangan kasih sayang Mu...
hujan mencurah2 turun menyembah bumi selepas ribut hujan berlalu pergi, malam nan dingin membalut diri tika jari sibuk mengetuk keyboard ini. minggu yang amat panjang dan ama berlalu pergi. pelbagai ragam, pelbagai peristiwa, pelbagai memori terpatri disini. ada yang datang berlau pergi hanya sekadar persinggahan diwaktu ini. dariNya kita datang dan kepadaNya jualah kita pergi.....Cukup cepat masa berlalu dan diri ni dah pun bertambah lagi usia di dunia ini.... Rasa capatnya masa berlalu.., padahal sememangnya setiap hari usia kita kian bertambah dan setiap hari kita makin tua dan setiap hari juga kita makin hampir kepada kematian. So tak de apa yang nak dihairankan sangat dengan datangnya ulang tahun kelahiran ni.....
Kalam kali ini khusus tanda rindu ana buat sahabat2 seperjuangan, muslimin dan muslimat yang ditarbiyah, pembawa sinar kepada ummah, harapan agama untuk disampaikan risalah.. Lantas, wahai sahabatku fillah, ayuh terus kuat melawan mehnah, tetap gagah dalam lembut dan ramah, tidak goyah menyebarkan dakwah pada bangsa yang telah parah.. jangan kau hanya sibuk membelai diri, kelak soalan di Mahsyar nanti.. apakah sumbanganmu kepada agama yang suci ini..???tertanya2 ana pada diri ini....Allah..(T_T)
Ya Allah, panjangkan lah umur ku dalam ketaatan kepada Mu, pendekkan lah umur ku dalam kemaksiatan. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah tempat aku meminta dan menyandarkan harapan. Hanya pada Mu ya Rabb. Tiada seorang yang mampu menghiasi taman qalbu ini melainkan dengan rahmat Mu ya Tuhan. Sejambak rahmat Mu mampu menenteramkan badai yang menghempas segumpal darahku ini. Setitis embun ketenangan dari Mu mampu meredakan setiap keresahan yang melanda nafs hamba Mu ya Ilahi...
Ya Rahman, disebalik wajah kerinduan ini... Terukir satu impian, ingin sekali hidupku dibayangi watak sebagai seorang mujahidah yang tidak gentar dengan mehnah yang datang sebaliknya menjadikan ia wacana buatku semakin dekat dengan Mu. Ingin sekali matiku sebagai syahidah yang terkorban demi memperjuangan agama suci ini. Ya Khaliq, sekujur tubuh hina ini hanya mengharapkan nikmat iman dan Islam yang Kau berikan berpanjangan hingga ke nafas akhirku.
Siapalah aku mendambakan kenikmatan syurga Mu ya Rabb. Keindahan disebalik wajah penuh nur ilmu dan iman, "mutiara" yang sempat dipegang seketika... Namun, "mutiara" itulah yang membuat aku semakin rindu untuk bertemu Mu ya Allah. Wahai Kekasih belahan jiwaku, tempatkan lah "mutiara" berharga ku dikalangan hamba Mu yang SOLEH. Seandainya mampu ku miliki "mutiara" berharga itu, pasti akulah hamba Mu yang paling bahagia. Namun, Kau lebih mengetahui apa yang TERBAIK untukku.
Biarpun "mutiara" itu hanya sempat dipegang dan tidak pula untukku miliki. Memegangnya merupakan rahmat besar buatku, cukuplah sekadar memegangnya kerana Engkaulah Pemilik sebenar "mutiara" itu. :) Ya Allah, peliharalah qalbu ku dari fitnah duniawi. Sesungguhnya ya Ilahi, aku mencintainya kerana agama yang ada pada dirinya. Sekiranya hilang agama dalam dirinya, maka hilanglah cintaku padanya.
Ramai sahabat yang bertanyakan ayat bermakna ini buat ana. Siapakah gerangan "nya" dalam ayat itu. Ana hanya mampu menyeka linangan mutiara yang mengalir.
Tiada siapa yang ana maksudkan "nya" dalam ayat itu, ana sekadar mengingatkan diri ana dengan wasiat dari Imam Nawawi. Hakikatnya, ana mengingatkan hati dan perasaan ana untuk tidak sesekali mencintai hamba Allah sebaliknya mengutamakan cinta Allah lebih dari segalanya. Seandainya diciptakan seorang pendamping hidup, maka biarlah orangnya bukan pilihan ana tetapi pilihan yang diredhai Allah dunia dan akhirat. Sekiranya bukan didunia, moga ditemukan di akhirat kelak.
Jawapan disini tidak sesekali untuk mengundang fitnah. Sebaliknya ana memberi jawapan atas SEMUA pertanyaan yang singgah. Setiap hujung pertemuan dengan Sang Kekasih Hati, ana hanya mampu berdoa semoga hati ini jauh dari bisikan lelaki, jauh dari fitnah duniawi apatah lagi menjadi asbab kelalaian Khalifah Allah.
Ingin sekali ana berwatakan muslimah [anak, adik, kakak dan sahabat] yang solehah. Semoga azam hijrah tahun ini memberi kekuatan untuk ana melaksanakan ia dengan izin Allah. Apa yang tercalit dihati, biarlah mengundang "bahagia" di akhirat, saat dan ketika ini hanya perasaan umi dan abi yang ana utamakan melebihi perasaan ana sendiri. Siapalah ana untuk mendambakan redha Allah sekiranya tidak mampu meraih redha umi dan abi tersayang.
Sahabat,
Iringilah langkah perjuanganku,
Setapak kealam perjuangan,
Selamanya perlu berjuang,
Biarlah mati sebagai pejuang...
Mutiara kata dari ukhti yang masih tersimpan rapi jauh di dasar hati:
Andai perjuangan ini mudah tentu ramai yang ingin berjuang. Namun jalan yang penuh ranjau ini adalah pilihan kita. Bukankah kita beruntung tergolong dalam golongan yang sanggup menghadapi cabaran??
Kalam Mu indah terdengar merdu di telinga,
Mehnah Mu itu mengajar menyedarkan ku,
Kasih Mu oh Tuhan membuat hatiku merindu,
Syiar Mu indah musuh Mu terpakuuuuu. ;)
Wawaaaa... :( Takde sapa ke nak nyanyi lagu ni untuk ana ;D Ust Khairul, sing a song for me please;D Nak lagu harituh... Wallaaaaa! Yang nyanyi sama dengan ust Marwan n Abang Ikhwan. 8) Pastu chorus tu tarik panjang ye. Wallaa… syahdu je rasanya teringat memori itu)
Aduhai puteriku sayang...
Aduhai puteri abi sayang...
Aduhai puteri umi sayang...
Siramilah hatimu dengan cinta Ilahi...
Melebihi seluruh seisi dunia ini...
SANAH HELWA in advance :)
syukur Alhamdulillah....syukran wa jazakillah pada insan yg banyak mmbantu ana...memberikan dorongan dan sokongan.ummi abi....kak long humaira..kak ngah wardah...kak chik najwa.....sahabat sahabiah..ana sayang semuanya....bersyukur atas kehadiran yg begitu bermakna dalam khidupan ana...
juga pada shbat2 baru(zafirah,aini,fairuz,wawa,shima,fina,maisarah,fatin,ain,siti,wani,husna,nadiah,husna,adilah,nazirah,aifa)syukran...sayang semuanya....^_^..moga ukhuwah kekal abadi.....uhibbukunnafillah.......didoakan semuanya berjaya dunia akhirah..amin ya Allah.......
dari kak ngah wardah:
SANAH HELWA YA HABIBTI…Adikku...MOGA ALLAH PANJANGKAN umurmu dengan kebaikan dan ditunaikan segala hajat2mu …Moga dirimu berjaya dalam semua urusan, tarbiyyah, dakwah, urusan addin, dunia dan akhirat…Kullu sanah enti aqrob ilallah..
dari sahabat ana....
sanah helwah ya ukthi,ya sdiqatii,
semoga uhkwah kita berpanjangan dunia akhirat
semoga amal kita bertambah seiring dengan umurnya
semoga kita menjadi khalifah, insah solehah, mujahidah mawar berduri di alam ini
salam sewangi kasturi buatmu,
uhibbukilillah
Alhumma s0lli a'la sayyidina muhammad,tibbil quluubi wadawa iha,
Wa'aafiyatil ajsaadi wa syifaa ihaWa nuuril ansaari wa jilaa iha
Wa'aala aalihi was0hbihi wabaarik wasallam....
BAWALAH ANA TERBANG TINGGI MELUPAKAN SEGALA MASALAH DAN MENDEKATKAN DIRI PADA RABBI~Puji-pujian buat Pencipta yang mendatangkan mudarat dan fadilat atas diriku, juga yang memberi dan berhak mengambil roh yang bersemadi di dalam jasad kerdil ini. Selawat serta salam buat Nabi S.A.W, keluarga dan sahabat baginda. Moga diri yang dhaif ini mampu merasai secebis kemanisan semangat perjuangan mereka lantas mewakafkan seluruh kehidupan atas perjuangan mulia ini. Insya Allah....Amin...
Alhamdulillah, hikmah atas ujian yang datang. Semoga hati semakin utuh di jalan tarbiyyah. ...
Tidaklah hati bersarang mazmumah ini mengimpikan watak Rabiatul Adawiyah yang bisa mengubah cinta semalam menjadi esok! Namun, tidak sekali ku menjauhi sunnah Rasulullah. Bukanlah dari umatku andai tidak mengikuti sunnahku. Menggeletar seluruh badan mengingatkan amanah Rasulullah yang dicintai...ya Allah permudahkanlah.....Amin Allahumma amin,...
Tinta:Nur Farah Ahmadi..:9:32 pm
bila redhaNya telah dikecapi, insya-Allah kebahagiaan akan kekal abadi:)
ReplyDeletesalam ukhuwah dri ana.