Followers

Wednesday, January 26, 2011

Jangan...jangan..jangan bersangka buruk ye....^______^


BIsmillahirrahmanirrahim.....alhamdulillah wa syukurillah... InshaAllah, walaupun tidak banyak update yang sempat ana tulis tapi terlalu banyak perkara yang terjadi kepada diri ana beberapa bulan lepas. Ada yang manis dan ada yang pahit, tapi inshaAllah, ana yakin semua yang berlaku adalah atas ketentuan Allah swt dan pasti ada hikmah disebaliknya inshaAllah.
Afwan, mungkin tajuk yang ana post kali nih agar negatif dan tak best. Tapi, inilah masalah yang banyak kali  ana  bertemu beberapa bulan yang lepas ini. Manusia, manusia… memang sangat sukar untuk terlepas dari perasaan sangka buruk, termasuklah diri ana juga. Tidakkah kita sedar setelah acap kali kita membaca kitabullah yang Allah sangat tak suka kepada hambaNya yang suka bersangka buruk.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat : 12)
Barangsiapa mengintai-intai keburukan saudaranya semuslim, maka Allah akan mengintai-intai keburukannya. Barangsiapa diintai keburukannya oleh Allah, maka Allah akan mengungkitnya (membongkarnya) walaupun dia melakukan itu di dalam (tengah-tengah) rumahnya”.
(H.R. Ahmad)
“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah benar”.
(An- Nur : 5)
Astaghfirullah…astaghfirullah… astaghfirullah…
Lagi menyedihkan apabila penyakit ini menular dengan dasyatnya marcapada ini  dalam kalangan manusia yang menggelarkan dirinya sebagai dai’e. Astaghfirullah… Sedih hati melihat kita yang gah berkata mengenai dakwah dan tarbiyyah… nak capai ustaziatul alam.. etc.. etc.. tapi, kita sendiri sering kali gagal dalam ujian yang asas sebagai seorang muslim.
Dakwah yang kita laung-laungkan ini, ke mana kita ingin membawanya?
Sudah pasti jawapannya adalah untuk mendapatkan redh aAllah swt dan langsung untuk kita mendapat peluang untuk memasuki syurgaNya. Tapi, syurga Allah itu mahal harganya adik-adikku sekalian, dan ianya tidak akan sama sekali dimasuki oleh manusia yang ada sifat takabur(rasa diri sendiri lebih hebat/baik dari orang lain) walau sebesar biji sawi di dalam hatinya.
“Tidak akan masuk syurga orang yang hatinya terdapat rasa takabur walau hanya sebesar biji sawi”
(Hadith Nabi)
Bukankah kita semua setuju yang tanggungjawab sebagai seorang pendakwah ini lebih banyak dari masa yang ada?
Tapi, kenapa kita semua seolah-olah ada banyak sahaja masa untuk mengumpat seperti manusia lain, ada sahaja masa untuk berfikir buruk tentang ikhwah/akhawat kita yang lain, ada sahaja masa untuk mengkritik dan mengomen mengenai kerja dakwah ikhwah/akhawat lain atas niat bukan sama sekali ingin membantu mereka. Astaghfirullah…
Ke mana kita ingin membawa manusia yang kita tajmik (recruit) ini? Ke syurgaNya atau sebaliknya? Nauzubillah…
Marilah kita bermuhasabah sejenak… kenapa kita sangat tidak patut untuk berburuk sangka terhadap seseorang manusia.. Kerana setiap tindakan yang dilakukan oleh seseorang manusia itu, sangat banyak sebab yang memungkinnya untuk berkelakuan seperti itu, dan adalah sangat bahaya untuk kita yang tidak langsung memahami perasaannya pada waktu itu, tidak langsung memahami apa masalah yang diharapinya untuk terus jump into conclusion yang dia nih itu, dia nih ini dan etc.
Afwan sekali lagi kalau post kali ini emo bunyinya, tapi marilah kita sama-sama buat kerja kita yang mashaAllah banyak dan cukuplah kita menyibukkan diri kita dengan kerja dakwah kita dari menggunakan masa kita untuk menilai dan mengkritik kerja orang lain.
Kan best kalau semua orang sibuk buat kerja dakwah sahaja, dan tiada masa untuk fikir pasal kerja dakwah yang dilakukan oleh orang lain. Lagi menyedihkan apabila ada di antara kita yang  siap nak komen dan menghukum kerja orang lain sedangkan diri sendiri entah berapa usaha yang telah kita buat. Wallahualam..
Jom berhijrah…!

No comments:

Post a Comment