Followers

Tuesday, January 25, 2011

sAbarlah....*_*


Dari Ibnu Musayyab radhiallahu’ anhu; ia berkata: “Ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabatnya, ada seorang lelaki yang menyakiti Abu Bakar tetapi Abu Bakar diam sahaja. Kemudian orang itu menyakitinya lagi tetapi Abu Bakar tetap diam sahaja.Kemudian orang itu menyakitinya untuk kali ketiga lalu Abu Bakar pun membalasnya.Menyaksikan hal ini, Rasulullah pon bangkit, lalu Abu Bakar bertanya:’Apakah engkau mendapati aku telah bersalah wahai Rasulullah?’ Rasulullah bersabda:’ Malaikat turun dari langit mendustakan apa yang dikatakan oleh orang itu. Tetapi ketika kamu membalasnya maka malaikat itu pon pergi dan setan pon duduk. Karena itu, aku tidak suka duduk bersama syaitan”
(HR. Abu Dawud)            Alhamdulillah terjumpa hadis yang sangat best nih..InshaAllah nak share sumthing kepada semua:)
Kehidupan sebagai seorang Muslim dan secara khususnya sebagai seorang daie amat memerlukan sifat yang terpuji ini iaitu kesabaran di dalam diri. Sifat kesabaran ini perlu dididik dan disemai dengan sangat teliti. Hal ini kerana di dalam dunia ini, terdapat pelbagai jenis perangai, pelbagai jenis tabiat dan pelbagai jenis kepentingan yang terdapat pada diri seorang manusia.
Kalau kita lihat dari matan hadis di atas, bagaimana Abu Bakar telah ditarbiyyah oleh Rasulullah saw untuk bersabar dalam semua perkara dari sekecil-kecil benda sehingga ke sebesar-besar perkara. Bagaimana kita lihat sendiri Khalifah Islam pertama yang terkenal dengan sifat kesabaran dan sifat lemah-lembutnya, pun masih dikatakan kurang kesabarannya lagi. Dan sepertimana kita lihat dalam sirah nabawiyyah, bagaimana Rasulullah mentarbiyyah para sahabat dengan sifat bersabar dan merendahkan ego mereka selama 13 tahun ketika di bumi Mekah...
Kenapa di awal permulaan dakwah baginda , baginda sangat menekankan sifat kesabaran dalam diri para sahabat?
Hal ini kerana sifat kesabaran sangat diperlukan bagi seorang daie dalam menerajui dakwah mereka. Sifat kesabaran yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw banyak membuka mata masyarakat sekeliling sehinggakan Umar al-Khattab pon terkesan dengan sifat kesabaran yang terdapat pada semua orang Islam yang disiksa tanpa henti dan dipulaukan tanpa ada sebarang bekalan makanan dan perhubungan yang boleh dilakukan ketika itu yang akhirnya menyebabkan Umar terfikir dan terbuka hatinya untuk menerima Islam.

bersabar yer..!! =)
Dan inilah contoh yang perlu kita teladani dan ikuti dari cara Nabi Muhammad saw dan para sahabat. Kita perlu mengambil ibrah agar kita tidak membuat kesilapan ketika melakukan kerja dakwah. Dalam diri setiap insan, pasti mempunyai suatu sifat simpati(sifat kemanusiaan), dan begitulah juga KITA, untuk membuka mata masyarakat di luar sana, sifat kesabaran sangat diperlukan.
Kadang dalam kita berdakwah, orang yang kita cuba dakwahkan; seperti kita call, kita mesej, kita berkenalan di facebook dan ber’YM’ dll, susah untuk memberi respons terhadap dakwah yang kita lakukan, janganlah kita terlalu cepat rasa down, kecewa dan di sinilah dan pada tika inilah kesabaran sangat diperlukan pada diri seorang daie.
Kenapa kesabaran diperlukan ketika ini? Kerana kita faham dalam berdakwah ada peringkat-peringkat tertentu untuk kita melihat bagaimana penerimaan orang yang kita dakwahkan. Dan jangan lah kerana kita terlalu gopoh dan terlalu excited untuk membawa orang kepada ISLAM, akan menyebabkan mereka lari daripada Islam dan KITA pula yang akan menjadi punca atau sebab hidayah itu tidak dapat sampai kepada mereka. Naudzubillah.
Semoga kita bersama-sama dapat membina sifat yang sangat terpuji ini di dalam diri KITA semua. InshaAllah.Ku mohon ya ALLAH..tabahkan hati2 kami menyusuri jalan dakwah ini...inshaALLAH...

No comments:

Post a Comment