Followers

Thursday, February 17, 2011

inspirasi sebuah impian.....

Bismillahirrahmanirrahim.....
Ukiran sebuah senyuman, serius dan apa jua riak muka insan. Kita lalu dihadapan berbondong bondong manusia setiap hari. Tidak tahu apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka impikan. Ini hanyalah apa yang mampu dibaca oleh insan bernama Nur Farah, namun mungkin berbeza pandangannya dengan yg lain....



Zahirnya,
Yang mampu dilihat, mereka sibuk. Kalaulah bukan kerana impian, mereka mungkin tak seperti itu....wallahualam...

seringkali kita mendengar seorang anak meminta si ibu mendoakan dirinya.
“Doakan adik berjaya umi”, kata seorang anak yang soleh.
Mungkin jua dua orang SAHABAT yang mengikat janji yang sama, sama2 mengejar sebuah IMPIAN atau sebenarnya mengejar HARAPAN.
Bagi Nur Farah, harapan dan impian adalah perkara berbeza. IMPIAN merupakan apa yang ingin dikecapi dan ingin kita menggenggamnya. Iye, mengejar suatu HARAPAN adalah mengejar sesuatu yang bukan merupakan IMPIAN empunya diri, namun ia adalah IMPIAN ORANG TERCINTA.....
Namun, mungkin juga anda boleh memandang dengan sudut yang berbeza. Mungkin juga pendapat   Nur Farah yang pertama tadi tidak terlalu relevan, jadi bagi ana juga mungkin ada yang memandang IMPIAN ADALAH HARAPAN.
Impian itulah yang dikatakan sebagai harapan? Mungkin… kerana ia adalah batu-batan jalan yang mengarahkan kita bergerak ke hadapan. Tiada harapan, hilanglah jalan itu, lalu hilanglah si dia mencari arah...

KONGSIKAN IMPIAN
Ana insan yg bernama Nur Farah ini bukan jenis yang suka bercerita segala-galanya tentang diri. Tetapi, tentang impian, ia adalah sesuatu yang perlu dikongsi. Tanpa perkongsian bagi ana, adalah sekadar mimpi, yang hanya dilakar di awan mimpi. Biarlah kita terus terang, tiada siapa yang mahu merendah-rendahkan impian yang besar...
Ibarat Muhammad Al-Fateh yang bercita-cita ingin membebaskan konstantinopel, menjadikan dirinyalah orang yang disebut seperti di dalam hadis. Beliau menjadi pemimpin yang berpengaruh, kerana cita-citanya.
Ibarat Salahuddin Al-Ayubi, membesar dengan semangat membara untuk mengembalikan tanah Palestin kepada umat Islam. Beliau mampu mengumpulkan tentera yang gagah, kerana semangatnya untuk mendapatkan tentera yang sesuai dengan impiannya.
Lalu kita ini, mengapa tidak.
Biarlah impian kita ini diceritakan, mungkin yang mendengar itu menyediakan teksi, bas atau keretapi untuk sampai ke sana. Sekurang-kurangnya, mereka yang pernah atau telah mencapai impian memberi kunci ke pintu seterusnya. Pastikan kita sampai ke jalan akhirnya...
iMPIAN YANG TAK TERCAPAI
Namun, sudah pastinya, sejauh mana sekalipin kita memasang impian, bukanlah satu yang mustahil ia mampu terbang begitu sahaja.
Mungkin hari itu, kita telah membayar waktu, wang, pengorbanan, namun setelah usaha yang panjang itu, rupa-rupanya ia bukan milik kita.
Lalu sekali lagi kita perlu membayarnya dengan harga sebuah keredhaan.
Cantik sekali ungkapan analogi ini;
“Aku meminta hari yang indah, tetapi Allah berikan aku hujan dan guruh.. rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan aku pelangi yang indah”
Mungkin hari ini, kita tak dapat apa yang kita MAHU, tetapi hari kemudian rupa-rupanya Allah memberikan apa yang kita PERLU.
Itulah bentuk ujiannya.
“Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ‘ Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ” [Surah At Taubah : Ayat 59]
Tak semestinya yang cantik dan menarik itu indah dan gembira. Ia mesti dicalit sedikit kekecewaan, kesedihan, kerugian dan kelemahan. Lalu terukirlah hasil seni yang dinamakan kehidupan.
inilah dia kehidupan.
Sejauh mana kita bertahan dengan hakikat seni ini....
TIDAK ADA ISTILAH TIADA HARAPAN...

kalau di dalam dunia medikal, seseorang yang berada di dalam final stage dikatakan tiada harapan, atau dalam erti kata lain, menunggu maut.
Tetapi bagi seseorang yang mempunyai impian, sebenarnya tiada istilah tiada harapan.
Dahulu ana diajar, “lupakan sahaja”. Rupa-rupanya itu satu tanggapan yang silap. ana belajar dalam kehidupan ini, dalam keadaan bagaimana sekalipun kita mampu menghidupkan kembali harapan yang ‘hilang’...

YA MASIH ADA HARAPAN UNTUKKU!!
Jika tak mampu mencapai sebuah impian, ajar dan didiklah DIRI mencapai impian itu. Kejayaan itu adalah kejayaan kita  juga. Jangan sesekali tarik diri dari ‘seni bina’ impian itu....
JIKA ANDA MEMPUNYAI IMPIAN LINDUNGILAH IA
Mencipta impian itu percuma. Ia tak perlu bayar dan sangat mudah. Tetapi untuk mencapainya seseorang itu perlu membayar harganya.
Biarlah letih, kalaulah anda yang dahaga tentu sekali anda berusaha untuk membayar apa sahaja untuk mendapatkan air.
Namun, siapa yang mahu jika apa yang telah dibayar menjadi ‘sia-sia’?
Untuk itu, jika anda mempunyai sebuah impian yang besar, lindungilah ia. Tiada siapa yang mampu merendah-rendahkannya. Tiada siapa yang boleh mengatakan anda tak boleh melakukannya. Tiada siapa juga yang berupaya untuk menggagalkannya.
Impian itu ditangan anda.
Lindungi ia. Genggam bara api, biar sampai jadi arang...insyaAllah....
BERDOA DAN BERTAWAKALLA
kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Tidak dapat tidak, kita mesti menerima hakikat yang kita ini hanyalah hamba. Sejauh mana pun usaha kita mendapatkan sesuatu, ia masih lagi aturan dan penentuan dari Allah samada ia boleh dimakbulkan atau tidak.
Impian itu adalah perancangan yang ingin kita capai. Pastinya untuk mencapai itu, sentiasa ada masalah-masalahnya, justeru itu spiritual kita pasti akan mencari penyelesaian dengan bantuan dari-Nya. Bentangkanlah segala kelemahanmu, kerendahanmu, permasalahanmu insyaAllah, Dia pasti akan membantu.
“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” [Surah al-Naml : 62]
Setelah kita berusaha, berdoa, maka letakkanlah segalanya pada Allah.
Tawakkal.
Buat diri , yang telah membayar harga impian yang tinggi, usahlah bersedih terhadap sesuatu yang hilang, sesuatu yang pergi, sesuatu yang tidak mampu. Buat diri ini yang inginkan impian, teruskan melangkah, mungkin belum masanya untuk melihat hadiah daripada lakaran dan investment impian ini.
Semangat!
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” [Surah Al-Baqarah : 216]...

setiap rezeki itu datangnya daripada yang MAHA PEMBERI REZEKI...
Di sudut hati insan hina...
Nur Farah..5:24 am...

1 comment:

  1. Lagu Haddad Alwi... Lagu yg paling sy suke dgr bile brsendirian.. Memang betul "Mungkin hari ini, kita tak dapat apa yang kita MAHU, tetapi hari kemudian rupa-rupanya Allah memberikan apa yang kita PERLU.." Selalu jgk sy pakse diri sy utk dptkan ape yg sy nak, tp betul la jgk ayat ni "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” [Surah Al-Baqarah : 216]... Allah... Terlalu byk rahsia... Ketika kecewa, teringat ayat Allah dalam surah Al-Insyirah "Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)?.. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam).. yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?.. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?.. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan.. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa yang Engkau gemar dan ingini).." Ni la surah yg paling sy suke utk mencapai impian yg masih samar... :D

    ReplyDelete