Followers

Monday, March 7, 2011

Ikhlas Dari diri Ini..Pilihlah...*_*

Bismillahirrahim...
Alhamdulillah wa syukurillah....
syukur padaNYA masih memberikan ruang waktu dalam keterbatasan masa yang ada untuk ana men'update' blog ini'..Alhamdulillah....
sedikit sebanyak...ana bagaikan tersedar bahawa ana perlu teruskan jua walaupun setinta kata dari ana..insan yang masih lagi bertitah dan merangkak dalam kehidupan yang penuh dengan onak dan ranjau ini..
jari jemari terus menari....ana  perlu kan kekuatan diri..terus menulis..demi keperluan rohani..insyaAllah...
buat diri dan sesiapa yang sudi.....
cukup mudah..hari ini..saat ini.....


Kadang-kadang ada diantara kita yg ingin berubah..ingin berhijrah dari buruk ke baik..niat yg sungguh mulia..juga atas bantuan dan hidayah illahi.. tapi.. kadang-kadang kita terhimpit untuk menuju ke jalan itu..kenapa..??? alasan yg biasa didengari..kerana keluarga kita bukan dri kalangan org yg baik,kerana takut diejek dicaci kawan-kawan,kerana takut hilang kekasih hati yg selama ini dicintai.. tapi tidakkah kau terfikir syg..itu semua hanya sementara..tidak kekal lama..hanya kerana bisikan-bisikan itu..buatkan engkau rebah lalu sujud ke bumi kembali..meneruskan perjalanan dijalan itu walaupuan engkau tahu penghujungnya nanti bukan sesuatu penghujung yang engkau impikan..Kenapa syg..kenapa engkau takut kehilangan kawan yang tidak perhah mengajak engkau ke arah kebaikkan,kawan yang tidak pernah mendoakan kesejahteraan mu syg..kenapa kawan begini yang engkau sanjung sehingga kan engkau takut untuk memilih jalan kebenaran..tanya pada hati..?? jika di benar2 mencintai mu..percayalah perubahanmu itu akan buatkan si dia lebih yakin dgan mu syg..jikalau perubahanmu ke arah kebaikkan itu tidak di senanginya..biarkan dia tinggalkan mu,dan buang lah cintanya dalam hatimu..kerana tiada apa yang bernilai pada cintaNya..Sayang..janji Allah itu pasti.. kenapa terus menerus mengejar cinta dan rindu yang engkau sendiri tak pasti..?? menunggu janji-janji yang engkau sendiri tahu ianya tidak akan kau perolehi.. kenapa sayang...?? biarlah hilang semua kawan di dunia..biarlah engkau di caci dan di cerna..biarlah engkau derita di dunia hanya kerana engkau pilih jalan kebenaran.. tapi percayalah  kelak kau hidup bahagia di akhirat sana..untuk selama-lamanya..=) Renung-renungkanlah ...jgn kerana mereka engkau terus lalui jalan hitam sedangkan jalan keredhaan terbentang luas dihadapan mu...


Pilihlah jalanmu...
syurga atau neraka?
berjilbab atau tidak berjilbab?
ke konsert muzik atau ke Majlis Ilmu?
Meninggal ketika menghambakan diri kepada Allah atau tewas ketika ke konsert muzik???
Pilihlah..pilihlah yang haq......


mlngkah itu mudah.......namun mncri arah itu ter'kadang payah....
mencari jalan itu mudah.....namun memahami destinasi itu yg susah...
menyusuri susur itu mudah.... namun menuju nokhtah itu pasti mendatangkn lelah...
Dalam semua ini, mnjdi istiqamah yg paling susah...........
Payah & Lelah... namun DIA amat fham, bg hmbNYA, DIA tdk meminta manusia menjadi terbaik.........hanya perlu melakukan yg terbaik, meletakkan kenyakinan penuh kepadaNYA, lantas nescaya DIA akn menguruskan selebihnya.... Agar terbaik itu menjadi mlik manusia... moga perjalnan kita sntiasa dlm lindungan Allah.... Berhijrahlah..



Lihatlah semuanya dengan mata hati.Renungkanlah dan di situlah kita dapati betapa kerdilnya diri ini sebagai hambaNya dan betapa hebatnya kuasa Allah s.w.t pencipta seluruh alam.




Hidup kita penuh dengan pilihan.
Pilihlah jalan yang membolehkan kita dekat dengan-Nya....
Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang
Belum terlambat lagi untuk kita bertaubat.




Allah sentiasa memberi dua jalan untuk kita pilih; jalan menuju ketaqwaan atau kejahatan. Yang mana satu menjadi pilihan kita?Ingatlah, setiap objek di muka bumi ini bertasbih kepada Allah. Tidak malukah kita melakukan maksiat, sedangkan objek-objek itu sedang bertasbih memuji Allah. Nauzubillah…Nikmat dunia hanya sementara, tetapi nikmat akhirat selama-lamanya...Lihatlah dengan mata hati... Look through your heart...!!

Jom...kita belek balik apa tujuan kita hidup kat dunia ni: 

Firman Allah SWT: Maksudnya: 
'Dan (ingatlah) AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk menyembah dan beribadah kepada-KU' (Surah al-Dzariyat:56)

Ni sebenar tujuan kita hidup kat dunia..untuk menyembah kepada YANG SATU yakni Yang Maha Esa. kenapa perlu berlumba-lumba untuk jadi yang terbaik di depan manusia, bukan di depan Tuhan?

Hakikatnya, Allah bagi kita akal untuk membezakan kita dengan makhluk-makhluk ciptaanNya yang lain, bahkan Allah telah mewahyukan kitab-kita suci yang mengandungi perintah dan maran agar menjadi panduan dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Tak cukup dengan tu, Allah hantar kat kita para utusan (para Rasul) supaya kita tak berada dalam kesesatan.

Firman Allah SWT: Maksudnya:
' Rasul-rasul (yg Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa berita gembira (kepada golongan kafir dan pelaku maksiat) supaya tidak ada sebarang hujah (alasan) terhadap Allah sedudah mengutus para Rasul itu. Dan Ingatlah Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana'- Surah al-Nisa': 165

Nah..sudah terang lagi bersuluh...kenapa kita perlu menyesatkan diri?..tak payah nak ikut trend sekarang, tak payah nak ikut orang. tak payah nak kutuk orang itu tak bagus padahal diri sendiri pun wallahualam...tak payah nak jadi famous..tak payah nak berlumba-lumba untuk riak..tapi berlumba-lumbalah untuk ikut Jalan Kebenaran. Jalan yang diperintahkan Allah dan Dilarang oleh-Nya.

Dari Ibnu Mas'ud r.a berkata:
Maksudnya:
'Rasulullah SAW telah membuat satu garisan dengan tangannya dan berkata : Inilah jalan yang lurus (diredhai Allah). Kemudian. baginda menggariskan beberapa garisan kanan dan kiri yang lurus itu tadi sambil berkata: Jalan yang banyak ini adalah jalan yang kesesatan. Tidak ada satu jalan pun daripada jalan yang banyak ini pasti ada syaitan yang memanggil-manggil ke arah jalan itu.'

ha..kamu nak ikut jalan mana? jalan yang ada banyak syaitan ka? atau macam nie..

Firman Allah;
3:103. Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.


So..lebih baik kita pilih jalan yang sikit daripada jalan yang penuh dengan kesesatan ...perbaiki diri untuk tingkatkan Ibadah kepada-Nya..
ikutilah  panduan untuk ke jalan kebenaran.. yakni ikutlah Al-Quran dan As-sunnah..wallahualam..

p/s: Selamat Beramal~~~
~Nur~
~6:28 Pm....~



5 comments:

  1. Motivasi yg sgt bermakna..Time kasih ukhti..

    ReplyDelete
  2. Mengalir airmataku..saudari mengapa hati kita degil untuk melihat, mentafsir petunjuk yang Allah beri?saya kadang2 tewas untuk tidak menangis dengan apa yang terjadi..saya tahu semua yang terjadi adalah permulaan kebaikan tpi hati saya nak jugak keburukan dulu..apa yang perlu saya buat?berdosakah saya tangisi apa yang hilang dari hidup saya walau itu adalah keburukan?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..saudari diriini minta izin link bersama kerana begitu banyak pengisian taqwa di dalam laman ini,semoga menjadi manafaat untuk semua kearah menegakkan agama allah didunia.tq.

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam warahmatullah...

    jgan pernah mengalah wahai sahabat..kita memg di uji..dan ujian itu lah yg perlu kita hadapi dengan jiwa yg penuh redha dan tawadhuk hanya kerana kita ingin mendapatkan redha Allah.. lihatlah ke hadapan...jgan toleh ke belakang lagi..dengan kasih sayang Allah...Allah sempurnakan hari-hari kita...
    dengan cukup makan...
    cukup sihat...
    cukup fizikal dan anggota badan...
    alhmdulillah....itu yg perlu kita syukuri.....jgan kita mudah melatah dalam hidup ini...tapi jalanilah dengan penuh harap sbgai khalifahNYA di muka bumi ini....dan ingatlah.Dgn mengingati Allah,hati akan menjadi tenang (Ar-Ra'd 13:28).Smoga ana dan sahabat2 terus tsabat dlm perjuangan ini....insyaAllah..Allah bersama kita....la tahzan wala takhof ..innalllaha ma'ana...

    ReplyDelete
  5. Salam sokongan dari ana ADMIN (Hartanah langkawi)facebook

    ReplyDelete