Followers

Sunday, April 17, 2011

DIRIKU NIQABI..PEDULIKAN APA KATA ORANG LAIN!

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah....diberi kesempatan olehNYA..setelah agak lama menyepikan diri...kini ana kembali lagi...cuba memberikan sedikit input buat diri ini..jua teman/sahabat2 yg sudi....




 ana seorang pemakai niqab, alhamdulillah wa syukurillah.... Setahu ana, majoriti ulama' berpegang bahawa pemakaian niqab adalah tak wajib namun ada juga minoriti ulama' yang berpegang bahawa pemakaian niqab adalah wajib. Ana mengambil pendapat bahawa pemakaian niqab adalah tak wajib. Niqab adalah pakaian sunnah para isteri Rasulullah SAW... Dan ramai juga sahabiah pada zaman Rasulullah SAW yang memakai niqab. Dan ada juga sahabiah yang tidak memakai niqab. Memakai niqab memang banyak cabarannya. Pertama sekali, orang akan mengata itu dan ini, kononnya kita taksub dengan agama. Dan ada yang pandang kita kononnya kita ini malaikat yang tidak pernah melakukan silap dan dosa. Tapi sekali kita buat silap, maka kita akan dikutuk dan dihina. Ana pernah melalui semua itu dan ana yakin bahawa pemakai niqab yang lain turut pernah melalui perkara ini. Bagi ana, ana tak hiraukan kata-kata orang lain. Biarlah mereka hina atau puji ana. Hinaan dan pujian tu ana anggap sama sahaja. Ana tak kisah pandangan manusia. Kalau asyik nak kisahkan pandangan manusia, bagaimana pula dengan pandangan Allah? Utamakan pandangan Allah... Mengenai tempat-tempat yang melarangkan pemakaian niqab, ia adalah kerana untuk elakkan penyamaran atau pencerobohan kerana pernah berlaku kes seperti ini di mana lelaki memakai niqab untuk masuk ke hostel perempuan dan sebagainya. Bagi ana, kalau sesetengah tempat itu menyuruh kita menanggalkan niqab, maka tanggallah. Kita amalkan apa yang kita mampu. Pentingkan amalan dalaman, dan luaran akan ikut sama. Bila berada di dalam premis tersebut, tak perlulah memakai niqab. Bia dah keluar dari premis tersebut, pakailah balik niqab itu. Kawan-kawan ana yang berniqab pun membuat perkara sama. Usah hiraukan kata-kata orang yang berkata, "Eh apa ni? Kejap pakai, kejap tak." Usah hiraukan mereka. Mereka bukannya membawa manfaat kepada kita pun. Pentingkanlah amalan dalaman... Jaga solat, hati, banyakkan memperbaharui niat supaya belajar erti ikhlas kerana Allah... Luaran itu tak penting sangat kerana ramai orang yang memakai pakaian sunnah tetapi tak kuat pada amalan dalaman... Banyakkanlah menuntut ilmu sahih, dan dengan ilmu sahih itu, kita akan melakukan amalan sahih... Maka iman kita turut akan meningkat... Itulah kekuatan dalaman kita... Apa-apapun, teruskan istiqamah dengan pemakaian niqab. Buatlah yang termampu kerana Allah... :) 




 Berniqab ini bukanlah suatu perkara yang pelik. Malah sejak zaman Baginda saw lagi merupakan zaman berniqab kalangan wanita dan lelaki juga akan menutup sebahagian wajah mereka ketika berada di padang pasir bagi menggelakkkan debu-debu dan pasir. dalam konteks sekarang ini (pada masa kini) bagi ana, pemakaian niqab itu mempunyai manfaatnya yang tersendiri. tidak dinafikan, iman seseorang bukan diukur dengan pemakaiannya, tetapi perlu difahami, seseorang yang berpakaian baik adalah individu yang berusaha untuk memperbaiki dirinya (ana tidak mengatakan tidak berniqab itu tidak baik.jangan disalah ertikan kata-kata ana ini,harap maklum). berpakaian yang tidak mengikut syara' dengan menutup aurat itulah sebaliknya usaha seseorang itu. kita jangan fikirkan bahawa pemakaian niqab ini akan menarik perhatian orang ramai. kenapa perlu di"pelikkan?" sedangkan niqab ini telah ada berkurun lamanya. kadangkala kita kejahilan apabila perkara yang baik itu dipandang pelik, malah perkara yang terang-terangan buruk itu dipandang biasa malah disanjung dan dipuji...... fitnah itu sentiasa ada di mana-mana lebih-lebih lagi kita yang bergelar wanita. kerana Rasulullah saw sendiri telah mengatakan bahawa fitnah paling besar adalah wanita. jadi kita sebagai wanita inilah perlu memikirkan jalan terbaik untuk memagari diri kita.istilah perempuan berniqab adalah jumud bagi ana amat keterlaluan. ana mengatakan begini bukan kerana ana berniqab.TIDAK..... mentaliti kita sendiri yang jumud sebenarnya.setiap perkara yang baik itu pasti dan pasti ada hikmahnya. jika kita tidak mampu rungkaikan 100% manfaat niqab ini, kenapa perlu kita khuatiri sedangkan Allah Maha Pemurah sentiasa memberikan hikmahNya kepada kita? kebaikan yang ada pada niqab itulah yang perlu kita galasi.....sama-sama kita mencuba sesuatu yg memberi manfaat maksima buat diri kita..PEDULIKAN APA KATA MANUSIA...buat kerana ALLAH..bila kita harapkan redha Allah...itu bermakna kita hijabkan diri kita daripada pujian ataupun kejian manusia....wallahualam bissowab..yang baik datangnya daripada Allah..yg  tidak baik itu datangnya dari diri ana sendiri yang perlu diperbaiki demi redhaNYA....


Nur Farah Ahmadi...
2;32 Pm..18/04/2011...

4 comments:

  1. assalamualaikum..
    boleh ana tnye..
    jumud tu mksd nye ape ye?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam warahmatullah..

    jumud....ok...bgini ya ukhti...jumud ni berasal daripada perkataan jamad, bermaksud benda keras yang x bernyawa. Dari segi istilahnya, ia boleh diertikan dengan berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah atau sebagainya. Kalau dalam Islam, ia dikaitkan dengan satu bentuk pemikiran yang tidak terbuka menerima sesuatu berubahan yang diizinkan syarak...Mengikut istilah islamiyah,jumud ialah orang yang tidak berfikir."2 rakaat solat orang berfikir lebih baik dari seribu tahun solat orang tak berfikir.....wallahualam..... istilah JUMUD merupakan satu pemikiran sempit iaitu kadang2 tu kita perlukan improvisation utk tingkan kualiti kerja kita, atau dari segi Islam supaya org bukan Islam xmenganggap kita sbg org yang jumud, fikiran sempit. Islam itu mudah untuk diamalkan. Cuma ada sesetengah pihak tidak mahu mempertingkatkan diri mereka mengikut perkembangan semasa. Membuat mereka terlalu taksub tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Allah s.w.t bagi kemudahan pada agamanya iaitu Islam pada setiap hambanya.....wallahualam..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah ukhti..perkongsian yg amat bermakna dari ukhti untuk diri saya..semoga sama-sama kita memagari diri kita menjdi wanita yang diperlihara Allah dunia dan akhirat..insya Allah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah wa syukurillah..semoga mmeberi makna pada diri kita dalam usaha kita untuk menjadi wanita yg yang "bermaruah"...Asas keimanan itu adalah hati yg cerdik,asas keikhlasan adalah ialah sanubari yg bersih dan jernih,asas semangt insan adalah perasaan yg segar mekar dan asas setiap tindakan adalah keazaman yg gagah dah tabah...moga kita terus thabat dalam menempuh jalan menuju redhaNYA..insyaAllah..

    ReplyDelete