Followers

Friday, April 22, 2011

DON'T JUDGE THEM..BUT SHARE WITH THEM^___^

~~Assalammualaikum warahmatullahi wabarakahtu wamagfiratu....
Alhamdulillah......Allah memberikan ana peluang sekali lagi untuk menulis coretan untuk muhasabah..renungan.....dan perkongsian bersama...moga2 Allah meredhai setiap titip kata yang ana salurkan untuk diri ana jua pastinya...juga buat mereka yang sudi menerima..insyaAllah....







Tertarik ana melihat gambar di atas..penuh dengan mesej yang bermakna....ana mengambil keputusan untuk mengulas......
Tapi kali ini, ana bukannya nak ulas panjang-panjang berkenaan hak kita untuk menilai orang lain. Senang kata,memang kita tak berhak sama sekali untuk menilai orang lain. TAPI sebagai manusia biasa, bolehkah kita nafikan yang kita tak pernah lansung judge orang lain? Paling-paling pun, 'accidentally' judge. Ana rasa perkara tu amat, amatlah payah.

Cuba  lihat gambar ini

meja ini bakal diubah kepada warna putih

Dan ini hasilnya


Pasti akan ada yang cakap, ataupun senang kata judge 'buruknya..orang ni buat kerja memang tak ikhlas...... Comot, tak rata. Buat kerja pun sambil lewa'

Hakikatnya,  kerana kehabisan spray putih!

Nampak kan..manusia memang tak terlepas dari menilai sesuatu. Jadi, macam mana kita nak cakap,

"Tak payahlah suka-suka nak judge orang lain!"


Pada pendapat ana, kita memang ada hak untuk marah bila ada orang lain judge kita macam-macam.TAPI, wajarkah kita berasa marah kalau kita sendiri yang mengundang prasangka, kebencian, dan ke'menyampah'an orang lain????refleksi diri....

contoh 1 :

Kita tulis kat wall kita :

"Aku benci kau..xsedar dri btol! boleh mam*** la!"
"Makcik tadi mmg nyanyuk la..aku mintak mee rebus dia bagi mee siam! WTH!"
"Laki aku ni buat sakit hati aku je..balik malam2,mabuk2..xtau la nak sabar smpai bila.."

contoh 2 : Upload gambar berclubbing, bergaul bebas, berpeluk, berpakaian menjolok mata dan lain-lain.

Kalau tak ada yang komen, tak bermaksud tak ada yang baca.

Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain?

Err..kain sudahpun tersingkap dengan sendirinya, mahu jaga macam mana lagi. Pasti akan ada yang baca. Dan pasti ada yang akan menilai kita ni pemarah, mulut celupar, kurang ajar dengan orang tua, dan tak malu lansung menceritakan hal peribadi kepada umum..walaupun kita rasa sebenarnya kita dah lama simpan dalam hati dan itulah kali pertama kita meluahkan macam tu......




Sebenarnya kan, kalau kita rasa marah, tak perlu rasanya sampai luahkan segala kt FB. Memang puas. Tapi untuk apa? Kesannya dalam jangka masa panjang, orang akan hilang rasa hormat pada kita. Di situlah 'judgement' berlaku. Orang hilang rasa hormat kerana mereka sudahpun menilai diri kita berdasarkan keterbukaan kita dalam melepaskan kemarahan. Percayalah...




Kemudian bila ada yang cop kita sebagai 'murah', terus kita melenting dan cakap "Tak payah nak judge orang lain la.." Walaupun kita tahu kita tak tinggal solat, puasa, semuanya lah. Tapi kalau kita sendiri yang meletakkan diri kita dalam fitnah dengan upload gambar bukan-bukan, jadi kita kena terima dengan hati terbuka bila ada yang menegur, dan bukannya marah semula bila ditegur.






Bahkan orang yang marah-marah "Jangan suka-suka je nak judge orang lain" itu pun mungkin telah secara tak sengaja meng'judge' orang lain bahawa orang lain telah meng'judge'nya. Faham tak? Mungkin orang lain tu nak tegur je, tapi orang yang marah-marah ni cakap orang lain tu judge dia. 




Rasulullah SAW bersabda : "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk" (Hadis Riwayat Abi Daud)

Ya sahabat-sahabat..kita kan dah dididik tentang cara hilangkan kemarahan.

Kalau tengah berdiri, duduk
Kalau tengah duduk, baring

Kalau tengah berFB?

Close Window!

Apa-apapun, Allah telahpun menutup aib kita. Rujuklah balik kisah nabi Musa dan hamba yang bermaksiat selama 40 tahun. Kalau bukan kerana Allah menutup aib kita, pasti hari ini kita menanggung malu yang teramat kerana aib kita tersebar luas. Maka apabila Allah swt  telahpun menutup aib kita, kenapa kita sengaja mendedahkannya..? Ana  tak mengajak anda jadi hipokrit, langsung tak..... Cuma ana berharap kita semua tahu bagaimana hendak menjaga maruah diri. Kerana disitulah orang lain akan menilai tahap kematangan kita. Sekiranya ada masalah, lepaskanlah secara positif. Ajak kawan untuk berkongsi. Jangan lakukan ia di tempat umum, kerana di dunia ini, terdapat pelbagai jenis manusia. Ada yang sentiasa cuba untuk bersangka baik. Tapi ada yang dalam hatinya penuh perasaan dengki. Cepat sahaja menghentam orang lain. Jadi, ambillah jalan tengah. Elakkan sebarang perkara yang mendedahkan diri kepada fitnah.








Kalau kita dah cuba sedaya upaya untuk jaga maruah kita, tapi masih ada yang judge kita macam-macam? Jangan risau..Bersabarlah selagi termampu. Tutup mata, pekakkan telinga dan doakan mudahan dia diberi hidayah. Seperti yang sana kata tadi, manusia yang mempunyai penyakit hasad dengki ini memang sentiasa ada di mana-mana.Itu normal.Sabar!....
Kesimpulannya,




1. Kalau hendak meluahkan masalah ataupun kemarahan, luahkan secara positif. Kalau hendak update dalam FB sekalipun, ubahlah ayat agar menjadi sedikit lembut dan sesuai untuk tatapan umum.

2. Jangan buka aib anda kepada orang awam. Jangan dedahkan diri kepada fitnah.

3. Kita jangan terlalu cepat menghakimi dan menghukum orang lain.....

Wallahualam bissowab....

sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah taala jua.....
yang faqir lagi dhaif  dari diri ana sendiri yang perlu diperbaiki lagi..insyaAllah....moga2 Allah memberikan kita taufiq dan hidayahNYA....Amin Allahumma amin...

~~Nur Farah Ahmadi(Bunga Qaseh Tangkai Berduri)~~~
3:32 A.M...




2 comments:

  1. Assalamualaikum..menariknye blog ukhti..Ceritanye pun menarik dan boleh diambil iktibar :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum..saya juga pernah begitu..tpi selalu istigfar blik..kita hamba Allah yang sgt lemah..moga Allah beri kita kekuatan menjga hati dari perkara yang sia-sia..sesungguhnya hnya Allah yang layak menilai hambaNya bukan kita manusia yang terlalu banyak kekurangan ini.

    ReplyDelete