Followers

Thursday, May 5, 2011

Assalamualaikum wbt..

Terlalu pantas masa berlalu, tanpa sedar usia semakin meningkat, liku-liku hidup masih perlu diteruskan..Namun, amalan sebagai bekalan masih belum cukup untuk dibawa bertemu Illahi....

Allah..(T_T)..

Kadang-kadang rasa ingin menangisi masa-masa silam yang banyak ditaburi dengan kesilapan namun hakikatnya semua itu tidak mampu diulang kembali.....

Tangan ditadah memohon agar tiap detik masa yang mendatang akan sentiasa dihiasi dengan manisnya beribadah kepada Allah dan indahnya memiliki cinta Illahi..insyaAllah

Taqarrub Ilallah~~


Dekatkan aku dengan-Mu Ya Allah..agar aku sentiasa bahagia menghadapi mehnah kehidupan yang sarat dengan ujian biarpun pahit atau manis..



Tanpa disedari, tidak lama lagi ana akan mula mengembara lagi...ya..teruskan pengembaraan..kerana hidup ini tidak lepas dari pengembaraan....!!

Pada awalnya dan tidak dinafikan sehingga saat ini, hati ini masih risau, bimbang dan khuatir untuk melangkah..ya..melangkah!!!..Tidak pasti apa yang membimbangkan dan memberatkan..

Namun, ana pasti ini adalah cabaran untuk seorang pejuang terus tabah dan sabar merentasi sebuah kembara yang memerlukan kekuatan iman dan taqwa..Semoga perjalananku diiringi dengan rahmat dan peliharaan-Mu Ya Allah..

Peliharalah iman dan iktikadku agar aku terus mampu bertahan mengahadapi dunia luar yang serba mencabar..

Buat teman2 seperjuangan, biarpun kita jauh di mata, namun diri ini mengharapkan masih ada secebis ingatan dalam doa kalian agar perjalanan ini diberkati..Semoga berjaya ana ucapkan kepada sahabat2 yang berada di haluan dan laluan yang sama..Sama-sama lah kita memperingati antara satu sama lain bahawa kembara ini tidak lain melainkan untuk meraih redha-Nya..mudah-mudahan..Bila kalian telah berjaya , jangan lupatanggungjawab kita....YA...tanggungjawab kita.. mencurahkan bakti sehabis baik untuk kepentingan agama,bangsa dan negara..insyaAllah

Buat guru2,tidak kiralah guru yg mana...yg pastinya..apabila ada ilmu yg dicurah buatku..itulah anda...anda Guruku....syukran jazilan..... jasa kalian tidak terhitung banyaknya..Hanya Allah mampu membalasnya dengan sebaik-baik balasan di dunia dan akhirat..Terima kasih atas penerimaan kalian pada diri ini .Semoga driku sentiasa berada dalam doa dan munajat kalian..InsyaAllah, kalian akan tetap bertakhta di hati selamanya..kerana..KALIANLAH INSAN-INSAN TERBAIK BUAT DIRI INI!!!
Halalkan semua ilmu yang telah kalian curahkan..Moga perjalanan anak2 didikmu ini mendapat keberkatan.insyaAllah....amin~~

Kuatkan semangat wahai guru-guru dalam mendidik anak bangsamu kerana kalian insan-insan yang dipilih oleh Allah untuk menyambung tugas yang mulia untuk melahirkan manusia yang bernama INSAN!!

Doakan perjalanan kita  dipermudahkan dan diberkati oleh Allah..Jazakumullahu khairan kathira pada semua kerana telah mewarnai perjalanan hidupku sepanjang  mengembara di bumi Illahi..

Semoga segalanya dalam keadaan yang diredhai~~

Wallahua'lam



Nur Farah_10.34 pm_05 Mei 2011...



No comments:

Post a Comment