Followers

Friday, May 13, 2011

TIDAK PERLU FUTUR DALAM PERJUANGAN...


Assalamu’alaikum…alhamduillah ana masih di beri ruang dan peluang untuk menghirup udara secara percuma yang di beri pinjaman olehNya. Sujud syukurku panjatkan pada Illahi, cinta pertama ku. Selawat dan salam buat murrobi terulung nabi s.a.w, ahlul bait, sahabat-sahabat baginda, para tabi-tabi’in, mujahid wa mujahidah, akhwat wa ikhwah dan buat insan-insan yang masih teguh pertahankah kalamullah la illahalillah muhammadan rasullah......InsyaAllah....



Ana kongsikan sebuah kisah   yang  boleh menjadi pengajaran buat kita semua..insyaAllah semoga bermanfaat:


"Ukhti, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak akhowat pula yang aneh dan pelik!"

Begitu keluh kesah seorang sahabat di suatu malam.


Ana hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam dirinya.



"Lalu apa yang ingin anti lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahutku setelah sesaat termenung seketika.


"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa akhwat yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." akhwat itu berkata.


Ana termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajah. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahui sejak awal.


"Ukhti, apabila sekali anti naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anti lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanyaku dengan kiasan yang mendalam maknanya.....


Dia terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan itu.... 


"Apakah anti memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Ana mencuba memberi jawapan kepadanya.


"Bila anti terjun ke laut, sesaat anti akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anti untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anti mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anti mengatasi hawa dingin?"


Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang akhwat tersebut. Tidak semena-mena, sang akhwat menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun ana  justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya......


"ukhti, apakah anti masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?" Pertanyaan yang menghujam jiwa sang akhwat....


DIa hanya mengangguk.


"Bagaimana bila ternyata kereta yang anti bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? 

Anti akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya? " Tanyaku lagi.


Sang ukhti tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya.... Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.


"Cukup , cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."  Dia berazam dengan sesungguhnya...Alhamdulillah...^_^


Ana tersenyum. ...^____^


"Ukhti, jema'ah, ini adalah jema'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT...insyaAllah..:)


"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anti... Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anti  dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."


"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungku panjang lebar....


"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."


'Dia' termenung sampai merenungi setiap kalimat ana. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.


"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"


Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga...(T_T)


"Siapa kata kemampuan anti lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anti? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahutku..


"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenarankesabaran dan kasih sayang pada semua akhwat yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anti dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anti terhadap saudara anti sendiri."


Malam itu  'dia' menyedari kesalahannya. DIa bertekad untuk tetap hidup bersama jema'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.


Kemenangan atau Mati Syahid!!


ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.


Ramai orang melihat dan memilih jemaah tersebut di atas kehebatan para pengikutnya, kehebatan pemimpinnya memberi ucapan, berpidato dan sebagainya. Sedangkan itu kelebihan individu. Dan ramai orang memilih jemaah kerana kesan tarbiyyahnya. Akan tetapi semestinya apa yang penting ialah apakah jemaah itu berikan sumbangan untuk Islam dan ketepatan perjuangan prinsipnya...



 
Rasanya, cukup, selepas ni tidak mahu mendengar perkataan "FUTUR" lagi`!.  Semoga Allah merahmati mereka yang mahu berjuang pada jalanNya.......InsyaAllah..segala yg baik dri Allah jua.....


Tinta:Nur Farah Ahmadi...~2:10 am...

No comments:

Post a Comment