Followers

Saturday, May 21, 2011

Kehidupan dan kematian.....


Salam Alaik..
Subhanallah..tinta dimulakan dengan kalimah Alhamdulillah. Allah masih titipkan roh kepada jasad untuk kita terus menghirup udara segar di bumi Allah ini. Subhanallah..
 Alhamdulillah. Marilah pada detik ini sama-sama kita lafazkan kata syukur Alhamdulillah untuk menggambarkan betapa kita merasa bertuah kerana diberikan hidayah iman dan Islam oleh Allah. Juga atas sekian banyak kenikmatan yang dilimpahkan oleh Allah pada setiap detik dan saat kepada kita semua. Mudah-mudahan dengan rasa syukur ini segala nikmat akan ditambah oleh Allah....insyaAllah....^^

Semakin hampir ana pada penghujung, rupanya ana semakin mara ke hadapan..Inilah kehidupan..ya..KEHIDUPAN!!... Yakin dan pasti... Entah dari mana ana punya semangat begitu..ya dari Allah azza wa jalla tentunya..Alhamdulillah...^_^.Kini, ana sekali lagi bagai bertindak tekad tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, ana sudah hampir kepada garisan yang pertama...atau mungkinkah penamatnya??wallahualam..(T_T) Selepas itu ana harus berlari lagi. ..ya..BERLARI....mungkin.....

Permulaan yang sedikit ini sungguh merupakan pengharapan yang besar untuk ana. Mengharapkan segala impian dan cita-cita yang tersimpan jauh di hati akan termakbul...."


Tatkala jemari ini menari di papan kekunci, hati mula menghitung hari-hari terakhir di "sini", walaupun masih belum pasti tarikhnya namun yang pasti kali ini ana pulang tidak kembali lagi atau mungkin datang namun tidak psti bilakah saat itu.  Mungkin kali ini tidak ada sebak mengiringi kerana telah ada permata-permata baru yang muncul...InsyaAllah...
Ya Allah, kurniakan sedikit lagi masa untuk aku berbakti pada umat ini….sedetik buat ku balas jasa yang pernah dicurahkan kepadaku….sesaat buat aku melihat perubahan dalam diri mereka…..Andai tiada kesempatan itu, ku hanya mampu berdoa agar Kau tetapkan mereka di jalan ini, moga mampu terlaksana tanggungjawab risalah itu….
Saat-saat akhir di sini, hanya kepada Allah hati ini bertaut. Dan diri ini lebih banyk berfikir, apakah yang mampu tinggalkan buat mereka. Ana harus manfaatkan detik-detik hidup di sini untuk risalah ini, bukan untuk kehidupan di tanah air....Allah.... Saat  ini, teringat ungkapan Ibrahim a.s. Bila di campakkan ke dalam api, “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, maka dinginlah api tersebut. Banyak lagi peristiwa sirah yang lain, moga ianya mampu memberi kekuatan kepada di hari-hari perjalananku di "sini"....
Firman Allah;“…maka sesungguhnya kamu selalu berada dalam pengawasan Kami..” (Ath-Thur:48)
“…maka Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Yusuf:64)......
Allah. Allah. Allah...
berita gembira walimah sahabat-sahabat, kakak-kakak,abang-abang,adik-adik banyak didengari berkadar terus dengan berita kepulangan saudara seIslam kita ke rahmatullah. ya Allah, aku takut. takut sangat hati ni, bila terlampau banyak kenalanku mendirikan apa yang telah disunnahkan baginda Muhammad,sehingga aku lupa,lupa pada panggilan Allah yang pasti tiba pada setiap insan iaitu kematian....Allah.....
pasti kita tertanya-tanya pada diri dan juga sahabat-sahabat lain,bila pula giliran kita untuk bernikah. lantas jari menuding kepada sesiapa, berebut-rebut untuk menamatkan zaman bujang.ya Allah, bukan bermakna ana menyatakan yang ana tidak suka pada pernikahan.tidak.jauh sekali tidak. ana gembira mereka sudahpun dapat menyempurnakan separuh dari agama, malah membina baitul muslim demi perjuangan ISLAM yang kita sayang. bertekad untuk hidup bersama sehingga ke syurga demi keredhaan ALLAH.
astaghfirullah, astaghfirullah...(T_T)
semua orang pasti sedang bersedia untuk bernikah. tapi adakah kita turut bersedia untuk menghadapi kematian? jika seseorang itu betul-betul mencintai dan merindui Allah pasti dia tidak sabar-sabar untuk bertemu denganNYA. sebab itu para kekasih Allah sentiasa bersedia,rela dan tega untuk mati. mati bukan perpisahan tetapi sebuah pertemuan. pertemuan dengan Allah....Subhanallah.......
adakah aku merindui kematian? adakah aku tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ALLAH? adakah aku betul-betul sudah bersedia untuk bertemu denganNYA? kematian itu adalah hakikatnya suatu ukuran dan muhasabah cinta yang paling akhir. jika masih gentar takut untuk menghadapinya bererti kita belum bercinta denganNYA!

sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang suka bertemu Allah,maka Allah suka bertemu dengannya." 

suatu kisah dimana seorang Badwi bertanya pada Rasulullah bilakah hari kiamat. lalu baginda bertanya apakah yang dia sudah bersedia untuk menghadapinya? maka Badwi itu menjawab, aku tidak menyediakan apa-apa,tetapi aku menyediakan dengan hati yang amat mencintaiMu Rasulullah.. lalu Rasulullah menjawab seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak..Subhanallah.....
Wallahualam..
If You miss an opportunity
don't fill the eyes with tears..
It will hide another better opportunity in front of You..

No one can go back and change a bad beginning..
But anyone can start now and create a succesful ending..
Semoga Allah meredhai..iNsyaAllah....Yang baik datangnya daripada Allah...
~~~Nur Farah Ahmadi:1:15 AM~~

3 comments:

  1. Citer ttg kematian..Tp klau ingat sgt ttg kematian bkn ke boleh mganggu kehidupan seharian, boleh jg membuatkn seseorg tu murung dan takut..

    ReplyDelete
  2. maut.. kematian.. mati.. beruntunglah orang yang selalu mengingati mati.. .. . alangkah indahnya hidup mereka yang mengingati mati.. cemburu sekali.. sangat cemburu.. moga dikurniakan perasaan sebegitu..

    bagaimana tergamak kita melakukan maksiat sedangkan kita selalu mengingati mati.. bagaimana kita pernah terleka meninggalkan makruf di depan mata sedangkan kita tidak tahu adakah sempat lagi untuk berbuat makruf selepasnya.. mati mengubah hidup.. ana sangat cemburu mereka yang mengingati mati.. ingin sekali ana berdampingan dengan mereka.. pastinya hidup mereka amat berbeza.. pastinya mereka hanya ada akhirat pada matanya.. pastinya hanya syurga atau neraka pertimbangan mereka.. pastinya hidup mereka sangat berbeza.. masakan tidak.. malamnya takutkan mati.. siangnya masih lagi ingat mati.. tidur takut tidak bangun.. kerja takut akan murkaNya.. berbeza sekali.. sangat berbeza.. diri ini rasa iri hati.. teramat sekali iri hati..


    bagaimanakah kita sekiranya kita tahu bahawa kita hanya dapat hidup sebulan sahaja lagi.. bukankah segalanya berubah.. andai ana tahu bila ana akan pergi.. alangkah indahnya dunia begitu.. berbuat yang mungkar sesuka hati.. menggunakan sifat Khaliq Yang Maha Pengampun untuk melakukan mungkar.. hanya disebabkan kitatahu tarikhnya kita mati.. lantaran itulah kita disembunyikan tarikhnya kita mati.. agar kita sentiasa beringat.. agar kita tidak leka.. supaya kita tidak alpa.. moga kita tidak lupa.. agar kita tidak diperdaya.. supaya kita sentiasa berwaspada.. beruntunglah mereka yang sentiasa mengingati mati..



    . bahawa hidup ini tiada yang menjamin setiap saat selepas ini.. melainkan Pemilik udara ini.. Pencipta tubuh ini.. Perancang hidup ini.. Penentu pengakhiran diri ini.. segalanya adalah dalam tanganNya.. segalanya telah ditetapkanNya.. segalanya telah dirancang olehNya.. Dia Yang Maha Mengetahui.. .

    sudah puluhan lagu dihasilkan demi mengajak kita mengingati mati.. sudah ratusan penulisan khas dikarang buat mengingati mati.. sudah ribuan sajak dan syair ditulis demi mengingati mati.. sudah jutaan kata diungkap dan disebut mengenai mati.. begitu banyak sekali peringatan akan mati.. bahawa mati itu pasti.. dan mati itu bila-bila sahaja.. malah mati itu tiada mengenal manusia.. tiada mengenal siapakah empunya jiwa.. mati menjemput siapa sahaja yang sampai ajalnya.. mati tidak kenal usia.. mati tidak kenal jantina.. mati tidak kenal itu semua.. mati hanya menunggu masa.. menunggu giliran kita.. tapi.. adakah manusia sedar ini semua..

    jika pun sedar.. adakah menghayatinya.. ana cemburu mereka yang mampu mambawa mati dalam setiap amal perbuatan di dunia.. pastinya amal mereka semua untuk hari sana...

    pasti tiap langkah mengingatiNya.. pasti tiap bicara tiada lain hanya untukNya.. pasti tiap amal bukan lain tujuannya kecuali untuk Dia.. pasti tiap kesalahan dipinta keampunan dengan segera.. pasti taubat merupakan rakan karibnya.. pasti matlamat hanya satu iaitu padaNya..

    ReplyDelete
  3. adakah kerana tiap hari sentiasa sahaja mampu terjaga.. adakah kerana setiap masa mampu sahaja menyedut udara.. adakah kerana tiap hari mampu melakukan kerja.. adakah kerana ini semua diri ini sering terleka.. buat kita sering lupa dan alpa.. jika inilah sebabnya.. bagaimana harus kita merasa.. adakah perlu mati itu singgah dan hadir pada diri baru diri kta merasakannya.. bukankah itu tidak mungkin.. mati hanya sekali.. dan hidupnya selepas itu adalah bila mana sangkakala ditiupkan.. manusia berbondong-bondong datang memenuhi padang mahsyar.. itulah hidupnya yang kedua.. dan masuklah kita ke dalam syurga atau neraka.. jika syurga maka inilah mati yang pertama dan terakhir.. jika neraka, maka nantikanlah.. kita pasti mati berjuta-juta kali lagi lantaran seksa Allah yang sangat pedih.. sangat.. teramat.. bukanlah ana mengeluarkan kata sendiri.. tapi Allah jua yang menyatakan.. seksaNya amat pedih.. bagaimana mungkin orang yang tidak pernah merasakannya mampu memberi ulasan akannya.. lantaran itu, ambillah kata-kataNya.. seksaNya amat pedih..

    moga ana terus beringat.. dan suatu hari.. insyaAllah.. dikurniakan penghayatan seperti mana yang diinginkan.. seperti mana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat mengingati mati.. kucinya pastinya ilmu.. akan ku terus mencari ilmu.. moga dipermudahkan segala urusan.. agar dapat diri ini mengingati mati.. sentiasa ingat mati.. firmanNya..

    “Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati.”

    (Surah Luqman, 31:34)

    bukankah Rasulullah telah pun mengajar kita untuk mengingati mati.. bukankah Rasulullah itu kekasih kita.. dan orang berkasih-sayang, dia akan melakukan apa yang kekasihnya pinta.. dia akan sanggup bersusah demi kekasihnya.. lantas, mengapa masih tidak mengingati mati.. sabda Rasulullah s.a.w..

    “Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati).”

    (Hadis Riwayat At-Tirmizi)..

    Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia akhir zaman ialah tidak bersedia menghadapi kematian dengan persediaan amal soleh, leka dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri.(T_T)..kehidupan mreka yg memngingati mati mmg amat berbeza dgn mreka yg hanya mmkirkan kehidupan smata2...kerana mengingati mati itu bukan melemahkan..malah mendorong insan untuk tekun berusaha..insyaAllah

    Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggil, bahkan mengancam manusia yang degil. Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang2 rusuknya. (Hadis riwayat al-Tirmizi)...wallahualam...

    ReplyDelete