Followers

Tuesday, December 27, 2011

TUDUNG LABUH OR .....???

Assalammualaikum warahmatullah...alhamdulillah...diberi kesempatan olehNYA untuk meng'update'kan blog yg serba kekurangan ini....setelah agak lama tempoh  masa ana mengupdate blog yg serba kekurangan ini..di atas kekangan masa yg ana..ana tetap ingin bekongsi...da ada yg tanya"kenapa tak update blog"?(T_T)...ada beberapa faktor yang menuntut ana mendahulukan apa yang perlu didahulukan.."priority first"^_^...so....ana nak  teruskan perkongsian  ana pada kali ini mengenai tudung..why??sebab ana slalu nampak..isu ini kerap ditimbulkan.....erm....ok2..mari kita check......>>>>>

yang ini?

atau

yang ini?

salam Iman fillah..salam nur Islam..
alhamdulillah....marilah sama2 kita muhasabah diri..di mana kaedah muhasabah diri yang baik akan mendatangkan "laluan" yang mudah utk menuju Mardhatillah..insya Allah..
di dalam post ini...ana hendak berkongsi sedikit mengenai "tudung labuh VS tudung tiga segi"..
pada satu masa tu..ana telah ditanya oleh segolongan kaum hawa..
"kenapa perempuan yang memakai tudung labuh dikatakan baik, dan perempuan yang memakai tudung tiga segi dikatakan tak baik, pada hal perempuan yang memakai tudung labuh pun sama sahaja dgn yang memakai tudung tiga segi, kadang2 tu lebih teruk daripada yang memakai tudung tiga segi..??"
maka...ana tersenyum apabila di utarakan soalan itu..lebih2 lagi ketika itu, ana adalah antara pengerak di dalam program Kempen Menutup Aurat..
lalu ana mengeluarkan satu penyataan (statement)..."hal ini berdasarkan pada niat seseorang itu, jika niatnya fillah, maka setiap amalnya juga fillah"..
dan sememangnya..tidak semua perkara itu boleh "dihalalkan" dgn niat...
di dalam hal ini..ana telah mengeluarkan beberapa "hujah"..atau "jawapan"...
Tudung labuh itu adalah satu imej bagi muslimat Islam..di mana, punca bagi golongan muslimat itu kena memakai tudung labuh adalah untuk menutup auratnya..
menutup aurat apa lagi ya sedangkan sudah berpakaian? Secara realitinya..walaupun seseorang hawa itu memakai jubah contohnya, atau baju kurung contohnya..tetapi permukaan dada atau hadapan itu tetap "kelihatan"..maka, di sebabkan itulah para Ulama' telah "berjuang" utk memartabatkan pemakaian tudung labuh bagi menutup segala aurat bagi perempuan..
dan secara logik akal, apabila memakai tudung tiga segi..ana pasti tudung tiga segi itu tidak akan "menutup" keseluruhan permukaan hadapan..itu hakikatnya..apabila tidak menutup "permukaan hadapan" tersebut, maka aurat seseorang perempuan itu akan terdedah...maka, di sebbkan itulah perlunya memakai tudung labuh bagi menutup aurat tersebut..itu secara ringkas kesimpulan..
dan bagi statement "perempuan yang memakai tudung labuh pun bukan baik sangat" tu..ini berbalik kepada "hati" seseorang itu..kalau hati (niat) dia memang ke arah Alam Dunia iaitu utk mengharapkan pujian dan sebagainya, maka pemakaian tersebut tidak akan ke arah Mardhatillah, dan seterusnya menyebabkan sifat mazmumah datang bersama setiap perbuatan tersebut..astaghfirullah..

hal ini ada kaitan dgn Iman dan Islam..di mana Islam itu saling berkait dgn Iman...

semua manusia boleh mengaku yang dia adalah Islam, dgn memakai pakaian Islam, menunjukkan perwatakan Islam dan sebagainya..tetapi Iman bagaimana pula?

maka..ini boleh diumpamakan atau dikiaskan begini...umpama Islam itu rangka kereta dan Iman itu pula isinya seperti kerusi, gear, pedal...jika hanya ada rangka kereta sahaja, pintu sahaja, tayar sahaja, kereta itu tidak akan dapat bergerak tanpa gear dan pedal...

maka...itulah Iman dan Islam..Islam boleh dikatakan luaran, dan Iman boleh dikatakan Iman..

dan berbalik kepada soal pemakaian tudung itu...tudung itu adalah "Islam"..dan niat di hati itu adalah "Iman"...jika pakai jubah sekalipun tetapi kalau niat di hati itu di selaputi oleh sifat mazmumah, maka diri seseorang itu seolah-olah seperti golongan munafik...di mana hanya berlakon menjadi seorang muslim, sedangkan hati adalah kotor sekotornya..astaghfirullah..

itu "jawapan" kepada isu "Muslimat yang memakai tudung labuh pun tidak semestinya baik"..

dan sebagai tambahannya..para Ulama' telah mengalakkan pemakaian tudung labuh bagi memelihara "keindahan" dan "kesejahteraan" kaum hawa...

hal ini merujuk kepada isu jenayah yang semakin berleluasa..di mana perempuan di jadikan mangsa rogol, cabul dan sebagainya..

dalam isu jenayah ini, sebenarnya kedua-dua pihak bersalah, sama ada sebelah lelaki atau pun perempuan..

Allah telah berfirman : “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”

dalam firman Allah ini telah jelas kepada kita semua sebagai hamba Allah perlu mengikutinya..di mana setiap apa yang difirmankan Allah itu pasti ada nilainya...bukan hanya dibaca sahaja tetapi perlu dihayati dan dipraktikkan di dalam amalan kita seharian..insya Allah..

firman Allah di atas lebih merujuk kepada golongan hawa...di mana, golongan hawa perlulah menutup segala auratnya yang mana jika ditonjolkan ia maka menyebabkan berlaku "fitnah" kepada semua manusia..contohnya, seorang hawa yang memakai pakaian terdedah berjalan di suatu kawasan, maka akan ada berpasang-pasangan mata yang akan memandang, dan memfitnahnya atau mengumpat, maka di situ sudah berlaku zina mata dan sebagainya...contoh keduanya, seorang hawa yang memakai pakaian terdedah berjumpa dgn seorang lelaki, dan menyebabkan berlaku zina seperti zina mata, dan paling teruk zina hati yang menyebabkan terbayang atau termimpi oleh lelaki itu..maka, contoh2 seperti inilah yang menjadi penyebab mengapa Islam melarang aurat itu didedahkan..

sesungguhnya pada hari Akhirat kelak...golongan hawa adalah golongan yang senang ke Syurga dan senang ke Neraka..astaghfirullah..di mana, jika golongan hawa itu menjaga auratnya sebaiknya, maka Insya Allah, senanglah langkahnya ke Syurga...jika sebaliknya, maka binasalah golongan hawa tersebut..nauzubillah..astaghfirullah..

dan bagi kaum lelaki atau Adam pula...

Allah telah berfirman : زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…” Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita...Rasulullah SAW juga pernah bersabda : ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساءErtinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita

maka...jelaslah kepada kita..kaum hawa memainkan peranan penting di dalam isu "Maksiat" dan "Jenayah" ini...

jika kaum hawa menutup seluruh auratnya sebaiknya..insya Allah, tiada pandangan maksiat dari golongan manusia di sekitarnya terutama kaum Adam..sebaliknya pandangan itu lebih ke arah memandang kebesaran dan keindahan Allah, subhanallah..

dan sesungguhnya pandangan lelaki itu adalah setajam pedang..di mana jika sudah di lihat sasarannya, maka pedang itu akan menikam dgn "sekejamnya", dan berlakulah maksiat..nauzubillah..astaghfirullah...

maka...wahai kaum hawa..jagalah setiap inci tubuh badanmu...peliharalah sebaiknya...agar ia akan membawa kepada kebahagian dan kesejahteraan kepada seluruh manusia..insya Allah..amin..





apa yang baik itu datang dari Allah..apa yang buruk, hina, keji itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan kepada diri ini yang sangat2 hina dan kerdil di sisi Allah..

salam jihad fisabilillah..


Nur Farah~4:17 a.m

1 comment:

  1. hy ya ukhty..u r da bes muslimah bloggerfrom all of entire world.i felf so exited while im reading your useful n good topic..as im not as talented to give a morality dakwah to another person...im reallly appreciate your sacrification 4 da time n to help your other friens in dis worlld.barakallahu fiki......alhamdulillah..syukran

    ReplyDelete