Followers

Monday, August 1, 2011

sesekali bererti......***

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakahtu...
Alhamdulillah..Hampir sebulan sudah lamanya blog  ditinggalkan. ....Tapi insyaAllah, ianya masih hidup, moga tak pernah mati sehinggalah datang masanya nanti untuk kembali menghadap Pencipta hati ini =)
Dalam masa yang sebulan  ini, terlalu banyak kisah kehidupan yang berlaku. Yang menggembirakan, mendebarkan, menyedihkan, merungsingkan…ada belaka. Ala kulli haal: Alhamdulillah =)Semangat hadapinya.....
Masa. Terlalu cepat rasanya masa berlalu pergi. Masih segar lagi dalam ingatan sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di bumi 'INI'...mungkin pada org lain sekadar yg biasa2' saja..namun bagi ana  inilah nikmat sebenar...syukur atas nikmat yang Allah berikan....... Perasaan pada waktu itu, sangat gembira untuk mencari pengalaman baru di 'SINI' (mungkin sedikit berbeza dengan teman yang lain yang tengah sedih berpisah dengan keluarga). ...Alhamdulillah, bila mana Allah takdirkan untuk datang ke sini, terlalu banyak nikmat yg besar,  lagi nikmat daripada itu yang Allah telah aturkan untuk ana di sini: Tarbiyyah dan  Nikmat Ukhuwwah,=)


Siapa sangka, cita-2 yang pernah terbina dulu benar2 menjadi kenyataan....Alhamdulillah...Kehidupan sebenar baru bermula.. bagaimana menghadapi masyarakat, bagaimana menghadapi orang tua, muda dan kanak-kanak.. bagaimana pergaulan dengan para phd.. bagaimana pergaulan dengan lelaki dalam urusan persatuan/perbincangan.. bagaimana selesaikan urusan kewangan.. bagaimana bertindak sebagai ketua yang baik.. segala yang berlaku kini lebih menjurus pada membentuk diri..insyaAllah...


 harapan diangkat moga-moga sekalian kenalanku baik2 semuanya.. so do me, ahli baytku dan ana sndiri sentiasa dalam kebaikan yang Allah limpahkan, segala mehnah dan tribulasi yang muncul merapatkan lagi hati kami, moga Allah terus memberi kami tarbiyah terus dariNya, memberi kami pengajaran terus dariNya serta memberi kekuatan bagi kami menyelesaikan sisa baki hidup kami di duniaNya ini..




Manusia memang x boleh lari dari amanah. Malah, sebelum dilahirkan lagi, kita sudah diberikan amanah oleh pencipta kita, iaitu suatu perjanjian untuk mengabdikan diri kepada yang Esa. Manusia juga  telah berjanji untuk memikul amanah sebagai menjadi khalifah mentadbir dunia ini. Ketika sebuah amanah ditempatkan di pundak mereka, mereka menerimanya. Ada yang merasakan bahawa amanah adalah kehormatan. Ada yang merasa bahwa amanah adalah kekuasaan. Ada juga yang menerimanya kerana ketaatan. Ada juga yang menganggapnya sebagai sebuah kewajipan untuk memikul amanah tersebut. Mereka merasa mampu dan layak memikul amanah itu. 

Imbas kembali selama kita bernafas di dunia ini sehingga sekarang, berapa banyak amanah yg sudah diberikan kepada kita, dan berapa banyak telah kita laksanakan amanah tersebut. Amanah kita sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai pemimpin, sebagai kakak/abang/adik, sebagai isteri/suami, sebagai sahabat, dan sebagainya..... SEKARANG amanah yang diberikan pada ana untuk menjaga Anak2  bukan satu kebangggaan tapi satu amanah untuk mentarbiyah diri dan juga antunna..semoga Allah mempermudahkan  diriku untuk mentarbiyah..membawa hati2 kita semua menuju redhaNYA..amin ya Alllah.....

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.


Menuju madrasah tarbiyah, yang tidak pernah dibayangi suatu masa dahulu.
Berada diSINI, bersama kegersangan hari2  yang dilalui.


Buat ummi, abi, yg kini busy, entah sempat buka ke x mauqi' ni^^..n adik beradik,ramadhan tanpa kalian.. mengharapkan doa yg tulus, moga Allah menabahkan diri ini saat hati tiba2 dirundung kerinduan. Namun, kesibukan di sini kdg2 tidak mengizinkan diri utk beruzlah dalam kesedihan.. :)

Anak2 yg dikasihi,
Pandai2 lah kita membentuk diri dalam bulan mulia ini, meninggalkan kata2  kosong yg memenatkan, ketawa berlebihan yg juga memenatkan, serta angan-angan mat jenin yg tak berkesudahan. Menjauhi diri dari perkara tercela, seterusnya menghiasi diri dgn perkara mulia.. Menaikkan graf iman dan amal, serta menurunkan graf maksiat dan dosa....insyaAllah....





segala kesempurnaan hanya pada Allah. Buat kesekian kalinya, kesyukuran diangkat kerana masih lagi bernafas, masih lagi mampu menjenguk pintu taubat dan mengumpul seberapa banyak bekal untuk dijual di sana..

insyaAllah.

Dalam meniti titian kehidupan, kita sebagai muslimah mungkin jarang menyedari pentingnya kita untuk berada di atas jalan yang dinamakan jalan dakwah. Jalan yang mungkin mengurangkan hilai tawa, mengurangkan borak kosong, gosip dan segala macam tabiat sesetengah wanita tatkala bersama rakan2.JAUHKAN LAH DIRI INI DARI KELALAIAN YA ALLAH...

insyaAllah...ana yakin Allah mendengar setiap rintihan hambaNYA.....misi mencari ketengan dan kebahagiaan hakiki.....disamping memperbaiki diri ini...ana berazam membwa seramai mungkin hati2 insan bersama2 menuju objektif yg satu..insyaAllah...

pelbagai liku2 dihadapi....ana kena kuat hadapinya...semangat2...mujahidah kan  KUAT..semangat2 LAGI...kata2 sering terungkap dibibir sejak akhir2 ini..=)...
sejak akhir2 ni ramai adik2 ,asatizah dulu bertanya di mana ana sekarang...'nampaknya ana sudah menjadi seorang yg sukar dijejaki....asif...bukan niat untuk menjauhkan diri..tapi biar lah ana tetap di sini...moga2 suatu hari nanti kalian mengerti.....

pada yg bertanya SIAPA dan di MANA ana sekarang.....simpan saja soalan itu.....tekad dan prnsip masih dipegang seperti dulu....moga Allah memeberkati setiap apa yg diusahakan dan dilakukan..ana yakin apa yang ana lakukan adalah untuk kebaikan ana serta insan'2 yg masih 'curious' itu....sehingga kini..Alhamdulillah ..syukur atas kekuatan yg ENGKAU berikan ya Allah..bimbinglah hambaMU ini menuju jalan redha dan istiqamah....realitinya biarlah ana terus begini....

Ya Allah...
Kuatkann diriku.
Jadikan aku seteguh dan seberani mereka..
Jadikan aku insan yang jauh dari sikap penakut, pengecut...
Tidak boleh lemah semangat..
Beranikan diri..
Kuatkan hati...
berhadapan dgn ujian ni..
Mereka telah berubah dgn hebat sekali..
Sedangkan aku masih d takuk lama..
Jangan terpedaya dgn kejahatan syaitan..
Kenapa berat nak angkat takbir..
Kenapa takut nak brdoa seorang diri..
Astaghfirullah..
Ya Hayyu Ya Qayyum...

Meniti hari di perantauan..
Mengimpi segalanya kembali seperti silam..
Sedangkan silam itu bukan lah mendekatkan dgn kampung halaman..
Ya Allah..
Tenangkan kami dengan kampung akhirat..




insyaAllah.....

TINTA HATI:NUR FARAH AHMADI.....01.00 A.M....KEMBARA ILMU DI BUMI INI...

1 comment: