Followers

Wednesday, February 9, 2011

Bimbinglah Diri dan Perasaan...<>

.Bismillahirahmanirrahim....Masa beredar tiada siapa mampu menghalang. Dari usia yang muda, seorang kanak-kanak perlahan-lahan menginjakkan diri ke fasa remaja. Seorang remaja perlahan-lahan menginjakkan diri ke dunia dewasa. Dalam perjalanan itu, tidak ringan jalan yang ditempuh.


Gelora nafsu adalah antara mehnah yang harus ditempuhi oleh setiap remaja. Mahu ataupun tidak, itulah ketentuan yang harus dihadapi oleh setiap pemuda. Jiwa yang muda begitu bersemangat dan berkobar-kobar. Dan, pada titik inilah kita semua mengenal apakah itu perasaan cinta.


Inilah titik yang amat kritikal dalam dunia remaja. Sesiapa yang mampu melepas titik kritikal ini, maka beruntunglah mereka apabila dewasa. Sesiapa yang tewas, perjalanan mereka seterusnya dirasakan sukar sekali. Hanya iman dan ilmu di dada mampu menjadi teman terbaik dalam menempuh titik kritikal ini.


Tanpa iman dan ilmu, manusia mudah jatuh ke dalam perangkap keji nafsu. Nafsu memperlihatkan kepada mata segala kejahatan itu indah, dan segala kebaikan itu buruk. Nafsu juga mengawal hati untuk bertindak agar keperluan buasnya dipenuhi tanpa mengira soal halal dan haram dalam Islam.


Maka, kita tidak hairan, mengapa saban hari ada sahaja gadis yang sanggup membiarkan kehormatannya dirobek tanpa hak dengan kerelaannya. Usahlah kita terkejut beruk apabila melihat di mana-mana sahaja ada bayi yang ditinggalkan, buah daripada perbuatan zina.


Hanya satu sahaja langkah yang paling berkesan untuk menghukum nafsu kita, iaitu syariat. Syariat Islam datang membawa rahmat dan kemudahan kepada manusia. Syariat Islam datang menghapuskan sebarang musibah dan kesusahan yang menimpa manusia akibat kegagalan mengawal nafsu.


Bermula dari awal lagi, Allah SWT menyuruh remaja yang sudah memasuki tahap akil baligh, untuk menundukkan pandangan. Firman Allah SWT:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).” (Surah An-Nur ayat 30)

Demikian juga, perintah Allah SWT ini juga tertakluk kepada para gadis dalam ayat yang seterusnya. Betapa bijaksananya Allah SWT, kerana Allah SWT Maha Mengetahui bahawa mata adalah suatu panahan beracun yang sangat berbahaya kepada manusia. Jika mata tidak dikawal, mata itu sendiri membawa bencana kepada manusia.


Di dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari menceritakan, dalam perjalanan Rasulullah SAW bersama Fadhl ibn ‘Abbas RA, seorang wanita telah melintasi mereka. Kerana anggun dan jelitanya wanita tersebut, mata Fadhl ibn ‘Abbas RA tidak berkelip-kelip menatap wanita itu. Rasulullah SAW yang menyedari hal itu terus memalingkan wajah Fadhl ke arah yang lain.


Bagi yang sudah tersasar dari jalan yang lurus, masih tidak terlambat untuk kalian meluruskan jalan yang ditempuhi. Bersihkanlah hati yang kian menghitam dengan syariat Allah SWT. Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang mampu membimbing dan mengawal kita daripada tersasar untuk kali yang seterusnya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada kita.


Juga, dalam keperluan kita mentarbiyah diri dengan syariat, wujudnya suatu golongan yang terumbang-ambing umpama kapal di tengah lautan. Dek kerana terlalu syadidnya cara mereka dalam mengawal diri daripada terjerumus ke lembah zina, menyebabkan segala urusan harian menjadi sukar. Semuanya disebabkan berlakunya ketidakjelasan dalam bab ikhtilat.


Sehingga kadang-kadang, disebabkan cara yang terlalu syadid ini, ramai di antara kita yang mengalami konflik perasaan. Mereka berada di tengah-tengah: antara memenuhi kehendak perasaan dengan membimbing perasaan (dengan cara yang terlalu keras). Akibatnya, ramai yang mengambil jalan untuk ‘melayan perasaan’ mereka.


Kemunculan novel-novel dan cerpen-cerpen cinta memburukkan lagi keadaan ini. Mereka disuap dengan khayalan dan imaginasi seperti yang digambarkan dalam novel, tanpa diajar bahawa sebenarnya realiti bukanlah seperti yang digambarkan dalam novel. Akibatnya, mereka tewas dan menjadi kecewa apabila berhadapan dengan realiti yang sedikit lari daripada imaginasi novel.


Sedarlah, apa yang kalian baca hanyalah sekadar imaginasi pengarang. Bersikaplah realistik, dan pandanglah dunia realiti. Apa yang kalian nampak sebenarnya jauh lebih banyak berbanding apa yang digambarkan dalam kisah-kisah cinta.

X salah membaca novel, tetapi dalam masa yang sama usahakanlah untuk mempelajari agama. Jika anda merasakan nafsu anda bergelora, sibukkanlah diri dengan urusan menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah untuk mencapai cita-cita anda. Jika sudah tidak mampu, maka pilihlah jalan sunnah Nabi SAW, yakni bernikah, kerana dalam pernikahan adanya ketenangan.


Contohilah Rasulullah SAW, usia muda Baginda dihiasi dengan pekerjaan dan perniagaan. Contohilah ‘Abdullah ibn ‘Abbas RA, usia muda beliau dipenuhi dengan kegiatan menuntut ilmu pengetahuan. Contohilah Usamah bin Zaid, usia mudanya digunakan untuk menyahut seruan jihad. Mereka semua adalah ikon-ikon remaja yang realistik, bukannya utopia.


Dunia masih luas untuk kita terokai. Perjalanan kita masih jauh untuk tiba ke destinasinya, sedangkan usia kita semakin hari semakin memendek. Sedarlah, kewajipan dan kerja-kerja kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Mengapa perlu kita membazirkan masa melayan hawa nafsu yang tidak pernah kenyang?


Sama-samalah kita berdoa, memohon perlindungan Allah SWT daripada kejahatan hawa nafsu kita. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada ilmu yang tidak memberikan manfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang, dan daripada doa yang tidak Engkau dengari.Amin ya rAbb..

Allahu'alam...



SEGALA YANG BAIK DATANGNYA DRP ALLAH...


INSAN FAQIR:NUR FARAH AHMADI....1;47 A.M

5 comments:

  1. Bkn novel aje, pnyalahgunaan internet pun leh jd pnyebab jgk.. Bkn org yg muda je slh gunakn internet, org tua pun ade... X faham la, knp jd mcm ni.. Pendakwah mmg la ramai, rncangan2 agama kt tv pun byk tp gejala maksiat makin brtambah2...

    ReplyDelete
  2. Perubahan adalah kesuksesan, Perubahan akan membuat hidup tenang, selamat, dan juga merupakan kunci dekat dengan Allah. kdg2 Kita terpaku pada keadaan yang belum tentu benar. Kalau kita mahu perubahan kita harus mengetahui apa yang harus nak diubah. Kuncinya yang pertama adalah kita harus punya keberanian untuk mengetahui kekurangan diri kita sendiri. Dengan memiliki hal ini akan lebih mudah dalam merubah diri. Miliki juga keberanian untuk mencari kekurangan. Kunci sukses dalam semua hal adalah memperbaiki diri. Sebesar apapun dosa kita, pengampunan Allah lebih besar lagi kepada orang yang taubat dan bukti taubat adalah kegigihan memperbaiki diri. Miliki, bacalah buku yang banyak mengenai penyakit hati, luangkan waktu untuk mencatat kekurangan diri. Setelah itu tahapan selanjutnya adalah Riyadh atau latihan...mlakan dri dri sendri dulu..insyaALLAH..wallahualam..

    ReplyDelete
  3. Time kasih ye ukhti... Sambil dgr lagu2 arab ni, smbil bc tulisan ukhti, mmg leh watkn hati rase insaf...Tp knp slalu insaf tu dtg kjap je n x kekal?...

    ReplyDelete
  4. Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun. Dalam mendefinasikan perkataan insaf, ana cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil ‘kesal’.
    Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat !
    Maka izinkan ana menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.
    Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulallah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah. Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat. Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali. Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
    Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!
    Setiap orang, tempoh ‘sekejap’ mereka adalah berbeza-beza. Ada orang yang ‘insaf sekejap’ nya ialah beberapa hari dan ada juga yang ‘insaf sekejap’ nya cuma beberapa minit. Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?
    Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39
    Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh. Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan. Ya, harus banyak berdoa!Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya ‘sekejap’ ini tidak akan selamanya sekejap. Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak...insyaALLAH...selalulah muhasabah diri..ingat mati..kullu nasin za iqatul maut..(setiap yg bernafas itu akan mati)wallahualam..

    ReplyDelete
  5. Time kasih ye ukhti... Insyallah mudah2an insaf sy brkekalan... Walaupun byk kali sy tersungkur dlm kemungkaran, mudah2an Allah tak pernah jemu menghulurkn taliNYA utk sy berpaut kembali ke jlnNYA...

    ReplyDelete